3 anggota penguat kuasa ditahan minta rasuah daripada pemandu lori

Tindakan tiga anggota penguat kuasa meminta dan menerima rasuah, mengundang padah apabila kesemua mereka ditahan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pada Rabu.
Tindakan tiga anggota penguat kuasa meminta dan menerima rasuah, mengundang padah apabila kesemua mereka ditahan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pada Rabu.
A
A
A

JOHOR BAHRU - Tindakan tiga anggota penguat kuasa meminta dan menerima rasuah, mengundang padah apabila kesemua mereka ditahan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), pada Rabu.

Kesemua suspek berusia dalam lingkungan 36 hingga 42 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Negeri Johor sekitar jam 7 malam.

Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi turut mengesahkan mengenai penahanan tersebut.

Difahamkan, kesemua suspek telah meminta dan menerima wang rasuah berjumlah RM7,800 daripada pemandu-pemandu lori sawit dan baja di sekitar Mersing sebagai dorongan untuk tidak dikenakan tindakan undang-undang di bawah Akta Pengangkutan Jalan (APJ), 1987.

Kes disiasat di bawah Seksyen 17a Akta SPRM 2009.

Kesemua suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru pada jam 8.30 pagi Khamis bagi mendapatkan permohonan reman.

Artikel Berkaitan: