Colek semurah RM1, kerang percuma

Colek merupakan campuran pelbagai makanan seperti cucur, popia, bebola, perut lembu, paru serta campuran buah-buahan merupakan kudapan terbaik mengisi masa terluang bersantai bersama keluarga dan kawan-kawan pada sebelah malam.

A
A
A

KOTA BHARU - Makan colek merupakan tradisi di negeri Kelantan setiap kali Ramadan sejurus selesai menunaikan solat tarawih.

Situasi tersebut dapat dilihat di seluruh ceruk kawasan di negeri ini setiap kali kedatangan bulan Ramadan.

Colek merupakan campuran pelbagai makanan seperti cucur, popia, bebola, perut lembu, paru serta campuran buah-buahan merupakan kudapan terbaik mengisi masa terluang bersantai bersama keluarga dan kawan-kawan pada sebelah malam.

Malah, makanan itu turut digemari oleh kaum lain dan budaya tersebut kekal subur sehingga hari ini di Kelantan.

Siti Zubaidah menunjukkan antara hidangan colek yang boleh dinikmati sepanjang Ramadan.
Siti Zubaidah menunjukkan antara hidangan colek yang boleh dinikmati sepanjang Ramadan.

Di sebalik peningkatan harga bahan mentah, pemilik Colek Bini, Siti Zubaidah Mohd Noor, 40, tetap menawarkan harga kudapan itu serendah RM1 untuk dinikmati oleh orang ramai.

Malah dia juga menyediakan 1,000 kilogram (kg) kerang percuma sepanjang Ramadan kepada pelanggan di kedua-dua cawangannya di Pendek, di sini dan Machang.

"Saya tahu ketika ini harga barangan sangat tinggi dan memberikan kesukaran untuk mendapat keuntungan.

Artikel Berkaitan:

Di Colek Bini tetap menawarkan harga kudapan itu serendah RM1 untuk dinikmati oleh orang ramai.
Di Colek Bini tetap menawarkan harga kudapan itu serendah RM1 untuk dinikmati oleh orang ramai.

"Namun, saya nekad menawarkan harga rendah bagi memastikan semua orang boleh menikmati colek. Serta menyediakan kerang percuma sebanyak satu tan sepanjang Ramadan di setiap cawangan Colek Bini," katanya kepada Sinar Harian.

Menurut dia, harga murah yang ditawarkan itu turut membuka peluang kepadanya untuk bersedekah sepanjang Ramadan.

Siti Zubaidah memberitahu, selain itu dia turut menawarkan pelbagai pakej colek untuk dipilih oleh pelanggan bergantung kepada kewangan mereka.

Makan colek merupakan tradisi di negeri Kelantan setiap kali Ramadan sejurus selesai menunaikan
solat tarawih.
Makan colek merupakan tradisi di negeri Kelantan setiap kali Ramadan sejurus selesai menunaikan solat tarawih.

Ujarnya, harga set yang ditawarkan serendah RM59 hingga RM169.

"Hidangan serendah RM59 itu boleh dinikmati oleh tiga empat orang.

"Di sini (Colek Bini) anda boleh memilih pelbagai aneka jenis colek yang kami tawarkan dan ia pastinya membuatkan anda menjadi rambang mata," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28