Kanak-kanak maut dalam perjalanan solat tarawih

Keadaan Perodua Axia dinaiki mangsa selepas dirempuh sebuah Proton Wira dalam kejadian malam Rabu. Gambar kanan: Allahyarham Muhammad Wafiyuddin. Foto Ihsan media sosial.
Keadaan Perodua Axia dinaiki mangsa selepas dirempuh sebuah Proton Wira dalam kejadian malam Rabu. Gambar kanan: Allahyarham Muhammad Wafiyuddin. Foto Ihsan media sosial.
A
A
A

KUALA NERUS - Seorang kanak-kanak meninggal dunia dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Kampung Mengabang Telong, Batu Rakit, di sini malam Rabu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Superintenden Wan Mohd Zaki Wan Ismail berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 8.30 malam itu meragut nyawa Muhammad Wafiyuddin Adam, 11.

Menurutnya, kejadian itu berlaku apabila kereta jenis Perodua Axia dinaiki mangsa bersama empat lagi ahli keluarganya dirempuh sebuah Proton Wira.

"Siasatan awal mendapati ketika kejadian kenderaan dinaiki mangsa keluar dari simpang dan membelok ke kanan sebelum datang sebuah lagi kereta dari laluan yang sama tidak sempat mengelak lalu melanggar belakang kereta tersebut.

"Kesan daripada pelanggaran itu menyebabkan mangsa yang ketika itu berada di bahagian belakang kenderaan meninggal dunia," katanya ketika dihubungi Sinar Harian, pada Khamis.

Allahyarham Muhammad Wafiyuddin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mengabang Telong, Batu Rakit pada Khamis. Foto Facebook Ustaz Mohd Shafizi Ismail
Allahyarham Muhammad Wafiyuddin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Mengabang Telong, Batu Rakit pada Khamis. Foto Facebook Ustaz Mohd Shafizi Ismail

Jelas Wan Mohd Zaki, mangsa disahkan meninggal dunia jam 9.38 malam ketika dihantar ke sebuah klinik oleh orang awam.

Beliau berkata, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Artikel Berkaitan:

"Polis meminta kepada mana-mana saksi awal yang melihat kejadian supaya tampil menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa," katanya.

Kejadian menimpa kanak-kanak Tahun Lima itu tular di media sosial dan menimbulkan pelbagai reaksi sejak malam Rabu.

Menurut sumber daripada keluarga mangsa, nahas itu berlaku ketika mangsa lima beranak dalam perjalanan menunaikan solat tarawih.

Kejadian menimpa kanak-kanak itu mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Rakit, Mohd Shafizi Ismail yang meluangkan masa menziarahi keluarga mangsa.

Mohd Shafizi turut menunaikan solat jenazah dan menghadiri urusan pengebumian mangsa di Tanah Perkuburan Islam Mengabang Telong, Batu Rakit pada Khamis.