Rimas tengok anak-anak kecil main aci ligan ketika solat tarawih

Ramai anak-anak muda belasan tahun dan kanak-kanak beribadah di masjid dan surau pada bulan Ramadan ini. - Gambar hiasan Bernama
Ramai anak-anak muda belasan tahun dan kanak-kanak beribadah di masjid dan surau pada bulan Ramadan ini. - Gambar hiasan Bernama
A
A
A

MASUK minggu kedua berpuasa di bulan Ramadan, masjid dan surau masih lagi dipenuhi jemaah pada malam hari tanpa mengira umur untuk menunaikan solat sunat tarawih.

Harapnya biarlah jumlah yang ramai ini akan terus kekal sehingga malam terakhir Ramadan nanti.

Merak Jalanan juga terharu kerana nampaknya ramai anak-anak muda belasan tahun turut mengisi masa malam mereka dengan beribadah di masjid dan surau pada bulan Ramadan ini.

Malah, ada ibu bapa membawa anak-anak kecil bersama untuk melatih mereka membiasakan diri dengan masjid.

Cuma, Merak Jalanan nak sentuh sedikit mengenai tingkah laku segelintir anak-anak kecil atau yang bersekolah rendah bermain-main dan membuat bising di belakang saf ketika jemaah sedang khusyuk menunaikan solat tarawih.

Mungkin ada yang akan berkata: “Biarkanlah, nama pun budak-budak. Biar diorang terbiasa dengan masjid.

”Bukan sahaja Merak Jalanan yang rimas, malah ramai yang mengadu kanak-kanak ini mengganggu jemaah beribadah, seolah-olah sedang berada di pasar malam dengan suasana hingar bingar dengan jeritan nyaring di sana-sini. Itu belum lagi yang berlari, berkejar-kejaran bermain aci ligan.

Memang tidak salah membawa anak-anak kecil ke masjid dengan niat untuk mengajar mereka, tetapi ibu bapa perlulah ada rasa tanggungjawab.

Artikel Berkaitan:

Sepatutnya, ibu bapa perlu berpesan kepada anak-anak supaya menjaga adab ketika berada di masjid, menegur jika ada tingkah laku kurang sopan dan tidak membiarkan mereka bermain sesuka hati.

Merak Jalanan percaya, ramai yang tidak boleh terima apabila melihat video tular mengenai seorang kanak-kanak memanjat belakang dan menampar jemaah lain yang sedang menunaikan solat tarawih.

Bagi Merak Jalanan, perbuatan seperti itu sudah melampau!

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28