Sindiket tawar penstriman haram Astro tumpas

Ramli menunjukkan antara peralatan yang dirampas dipercayai diguna dalam kegiatan penstriman haram.
Ramli menunjukkan antara peralatan yang dirampas dipercayai diguna dalam kegiatan penstriman haram.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kegiatan penstriman haram yang membekalkan kandungan penyiaran Astro dan stesen antarabangsa dengan tawaran bayaran bulanan RM39 ditumpaskan, pada 14 Mac lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, operasi ini dijalankan pihaknya dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Astro.

Menurutnya, serbuan dilaksanakan di tiga tempat iaitu sebuah unit kediaman di Sungai Long, Kajang dan Jalan Kovil Hilir, Sentul serta Taman Genting Setapak di Kuala Lumpur.

"Serbuan mendapati unit kediaman di Sungai Long itu disyaki beroperasi sebagai pusat kawalan bagi mengawasi masa henti dan masa hidup server di ladang penstriman haram.

Antara peralatan yang dirampas dipercayai diguna dalam kegiatan penstriman haram.
Antara peralatan yang dirampas dipercayai diguna dalam kegiatan penstriman haram.

"Ladang penstriman haram ini beroperasi di Jalan Kovil Hilir dan Taman Genting Setapak dengan membekalkan kandungan penyiaran Astro dan stesen-stesen penyiaran antarabangsa yang lain kepada pengguna aplikasi sindiket terbabit," katanya dalam sidang akhbar di sini pada Rabu.

Beliau berkata, dua warga tempatan dipercayai pasangan kekasih berusia 53 dan 57 tahun telah diberkas dalam operasi itu.

Ramli menunjukkan gambar 'ladang' bagi kegiatan penstriman yang berjaya dibongkar polis bersama MCMC dan pihak Astro.
Ramli menunjukkan gambar 'ladang' bagi kegiatan penstriman yang berjaya dibongkar polis bersama MCMC dan pihak Astro.

Artikel Berkaitan:

Katanya, siasatan awal mendapati suspek ialah dalang utama sindiket penstriman haram terbabit.

"Pasukan operasi telah merampas peralatan penstriman Astro dan siaran antarabangsa, peranti server, pengekod video, perakam video serta beberapa piring satelit yang tidak menepati piawaian dengan anggaran nilai rampasan sebanyak RM100,000," ujarnya.

Antara peralatan yang dirampas dipercayai diguna dalam kegiatan penstriman haram.
Antara peralatan yang dirampas dipercayai diguna dalam kegiatan penstriman haram.

Tambah Ramli, pihaknya percaya sindiket mempromosikan tawaran penstriman di media sosial Facebook dengan harga serendah RM39.

Ujarnya, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 43AA(1) Akta Hakcipta 1987.

"Masyarakat diingatkan agar tidak terlibat dalam sebarang aktiviti penstriman haram kerana kegiatan ini adalah satu kesalahan di bawah undang-undang Malaysia.," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28