Pegawai kanan agensi penguat kuasa direman kes tuntutan palsu RM1.18 juta

Suspek (kanan) direman sehari bagi membantu siasatan kes subahat tuntutan palsu penyelenggaraan kapal RM1.18 juta pada Rabu.
Suspek (kanan) direman sehari bagi membantu siasatan kes subahat tuntutan palsu penyelenggaraan kapal RM1.18 juta pada Rabu.
A
A
A

ALOR SETAR - Seorang pegawai kanan sebuah agensi penguat kuasa direman selama satu hari bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu berkaitan kerja-kerja penyelenggaraan kapal bernilai lebih RM1.18 juta empat tahun lalu.

Majistret, Siti Noor Hasliza Md Ali membenarkan perintah reman selama satu hari terhadap suspek berusia 40-an itu susulan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di mahkamah majistret Alor Setar, di sini.

Kenderaan SPRM yang membawa suspek dikesan memasuki Kompleks Mahkamah Alor Setar pada jam 8.30 pagi.

Menurut sumber, suspek ditahan kira-kira jam 5 petang pada Selasa di Pejabat SPRM Kedah ketika hadir untuk memberi keterangan.

Suspek ditahan kira-kira jam 5 petang pada Selasa di Pejabat SPRM Kedah ketika hadir untuk memberi keterangan.
Suspek ditahan kira-kira jam 5 petang pada Selasa di Pejabat SPRM Kedah ketika hadir untuk memberi keterangan.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Ahmad Nizam Ismail mengesahkan penahanan pegawai kanan tersebut susulan penahanan empat individu yang disyaki terlibat dalam kes sama sebelum ini.

Pada Selasa, Sinar Harian melaporkan empat individu termasuk seorang pemilik syarikat dan timbalan pengarah logistik agensi penguat kuasa kerana disyaki bersubahat mengemukakan tuntutan palsu membabitkan kerja penyelenggaraan kapal bernilai lebih RM1.18 juta.

Kesemua suspek berusia sekitar 30an dan 40an direman enam hari sehingga Ahad depan di Mahkamah Majistret Alor Setar pada Selasa.

Artikel Berkaitan:

Menurut sumber, suspek utama dan pemilik syarikat, didakwa mengemukakan tuntutan mengandungi maklumat palsu berhubung kerja penyelenggaraan kapal agensi penguatkuasaan undang-undang itu antara Julai dan November 2020.

Kes disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.