Empat direman buat tuntutan palsu lebih RM1.1 juta

Tiga individu direman bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu bagi kerja-kerja penyelenggaraan kapal sebuah agensi penguatkuasa bernilai lebih RM1 juta.
Tiga individu direman bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu bagi kerja-kerja penyelenggaraan kapal sebuah agensi penguatkuasa bernilai lebih RM1 juta.
A
A
A

ALOR SETAR - [DIKEMAS KINI] Empat individu termasuk seorang pemilik syarikat dan timbalan pengarah logistik agensi penguat kuasa kerana disyaki bersubahat mengemukakan tuntutan palsu membabitkan kerja penyelenggaraan kapal bernilai lebih RM1.1 juta.

Kesemua suspek berusia sekitar 30-an dan 40-an direman selama enam hari sehingga Ahad depan di Mahkamah Majistret Alor Setar pada Selasa.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Siti Noor Hidayah Mohd Noor ke atas semua suspek selepas permohonan dikemukakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber, suspek utama yang merupakan seorang pemilik syarikat dipercayai telah mengemukakan tuntutan yang mengandungi butiran matan palsu membabitkan kerja penyelenggaraan kapal agensi penguat kuasa antara Julai hingga November 2020.

"Tiga lagi suspek, masing-masing berjawatan timbalan pengarah logistik, peniaga dan ketua pusat servis disyaki turut bersubahat dengan pemilik syarikat terbabit.

"Kesemua suspek telah ditahan di Pejabat SPRM Kedah, semalam antara jam 4 petang hingga 11.30 malam tadi ketika hadir bagi dirakamkan keterangan," katanya.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Ahmad Nizam ismail ketika dihubungi mengesahkan tangkapan terhadap kesemua suspek dan katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: