Pegawai kanan polis disyaki terima rasuah lindungi aktiviti haram direman

Pegawai dan anggota polis ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah.
Pegawai dan anggota polis ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan reman seorang pegawai kanan dan seorang anggota polis dipercayai terbabit rasuah bagi melindungi aktiviti haram sekitar Kuala Lumpur.

Perintah reman selama tiga hari iaitu sehingga Selasa dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar, Nurul Farhana Mohd Najib ke atas suspek utama, manakala suspek kedua direman selama satu hari selepas permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Putrajaya pada Ahad.

Pegawai dan anggota polis ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah.
Pegawai dan anggota polis ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah.

Menurut sumber, suspek utama iaitu lelaki berusia 40-an disyaki menerima suapan antara tahun 2021 hingga 2024 daripada sindiket dalam bentuk tunai sebagai balasan melindungi aktiviti haram melibatkan perjudian, maksiat dan kumpulan gangsterisme di sekitar Kuala Lumpur,

“Hasil penahanan ke atas suspek, SPRM turut menemui sejumlah wang bernilai lebih RM1.2 juta hasil serbuan di beberapa premis milik suspek.

“Suspek utama ditahan di Putrajaya kelmarin, manakala suspek kedua yang merupakan anggota bawahannya ditahan pada hari yang sama di Kuala Lumpur,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: SPRM tahan pegawai kanan polis lindung aktiviti haram, wang lebih RM1 juta ditemui

Sementara itu, Pengarah Bahagian Perisikan SPRM, Datuk Zainul Darus ketika dihubungi mengesahkan tangkapan dan berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 17(a) Akta SPRM 2009.

Artikel Berkaitan:

"Siasatan lanjut sedang giat dijalankan bagi mengenalpasti dalang lain yang terlibat," katanya.

Pada Ahad, media melaporkan seorang pegawai kanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur ditahan SPRM selepas dipercayai terbabit melindungi aktiviti haram di sekitar ibu negara.

Penahanan pegawai kanan yang bertugas di sebuah jabatan itu dilakukan di Putrajaya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28