Kedai KK Mart di Perak kena baling bom petrol

Pihak polis sedang menyiasat kejadian khianat di KK Mart Bidor yang berlaku pada awal pagi Selasa.
Pihak polis sedang menyiasat kejadian khianat di KK Mart Bidor yang berlaku pada awal pagi Selasa.
A
A
A

IPOH - Polis Perak mengesahkan kejadian khianat yang berlaku di kedai serbaneka KK Mart di Bidor awal pagi pada Selasa.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, siasatan sedang dijalankan susulan laporan polis dibuat seorang pekerja kedai serbaneka tersebut mengenai kejadian yang berlaku kira-kira jam 5.35 pagi.

Menurutnya, ketika kejadian, pekerja wanita berusia 20 tahun itu terdengar bunyi botol pecah di bahagian hadapan kedai.

"Selepas itu, pekerja tersebut terus ke bahagian hadapan kedai dan mendapati terdapat serpihan kaca serta bahan letupan menyerupai mercun di atas lantai kedai.

"Wanita itu juga telah terhidu bau seperti minyak tanah dipercayai daripada serpihan kaca tersebut," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Pencegahan Jenayah Komersil Phone Scam - Penyamar Pos Malaysia di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini pada Selasa.

Mohd Yusri berkata, pihak polis sedang giat mengesan suspek menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) kedai serbaneka tersebut.

Jelasnya, serpihan kaca dan cecair yang dipercayai bahan letupan itu juga akan dihantar ke Jabatan Kimia untuk tindakan lanjut.

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan dengan membawa hukuman penjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Mohd Yusri memohon kerjasama orang ramai tampil menyalurkan sebarang maklumat berhubung kejadian.

Katanya, orang ramai boleh menghubungi pegawai penyiasat kes, Inspektor Norseha Baharudin di talian 05-4011861 atau 017-7963359.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya tidak terlibat dengan sebarang