Sila log masuk terlebih dahulu.

Pengasas KK Mart, isteri didakwa lukakan perasaan orang Islam

A
A
A

BERITA SEMASA 26 MAC 2024

Pengasas, Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan dan isterinya, Datin Seri Loh Siew Mui mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Selasa, atas dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dengan mempamerkan stoking bercetak kalimah ALLAH, dua minggu lalu.

Kee Kan, 57, Siew Mui, 53, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Muhamad Anas Mahadzir.

Mengikut semua pertuduhan, KK Super Mart & Superstore Sdn Bhd berniat dengan sengaja melukakan perasaan orang Islam dengan mempamerkan stoking bercetak kalimah ALLAH di rak pameran jualan yang telah dilihat seorang lelaki berusia 32 tahun.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/656612/berita/semasa/pengasas-kk-mart-isteri-didakwa-di-mahkamah-lukakan-perasaan-orang-islam

Muzik: Elevate dari www.bensound.com