Kes liwat di Mersing: Tiada laporan baharu, masih kekal enam mangsa

Sebelum ini polis memaklumkan lima laporan sudah diterima berhubung kes liwat membabitkan seorang lelaki dipercayai naib ketua pemuda sebuah parti politik di daerah ini.
Sebelum ini polis memaklumkan lima laporan sudah diterima berhubung kes liwat membabitkan seorang lelaki dipercayai naib ketua pemuda sebuah parti politik di daerah ini.
A
A
A

JOHOR BAHRU – Polis mengesahkan tiada laporan polis baharu yang diterima berhubung kes liwat membabitkan pemimpin pemuda sebuah parti politik di daerah Mersing.

Menurut Ketua Polis Johor, Komisioner M Kumar, setakat ini kes berkenaan masih kekal melibatkan enam mangsa serta lima kertas siasatan yang dibuka berhubung kes tersebut.

“Enam mangsa melibatkan lima kertas siasatan. Tiada tambahan laporan polis dan kertas siasatan telah dirujuk kepada pihak pendakwaraya untuk arahan selanjutnya.

“Kita masih menunggu dan buat masa ini suspek telah diberikan jaminan polis. Suspek juga bukan penjawat awam,” katanya.

Kumar berkata demikian bagi mengulas kes liwat membabitkan seorang pemimpin pemuda sebuah parti politi di daerah Mersing.

Kumar
Kumar

Minggu lalu, tular laporan yang mendakwa seorang naib ketua pemuda sebuah parti politik ditahan selepas disyaki terbabit dalam kes liwat membabitkan mangsa berusia antara 15 hingga 21 tahun.

Untuk rekod, lima laporan polis sudah diterima berhubung kes liwat berkenaan yang membabitkan seramai enam mangsa.

Artikel Berkaitan:

Suspek lelaki warga tempatan berusia dalam lingkungan 30-an itu direman selama tiga hari bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 377C Kanun Keseksaan.

Tambah Kumar, ada mangsa yang menjadi mangsa liwat sejak 2023 dan ada juga pada 2022 lalu, namun tidak ada yang berani tampil membuat laporan polis.

Ujarnya, selepas seorang daripada mangsa berani membuat laporan polis, maka mangsa yang lain perlu diberikan semangat dan kekuatan untuk tampil ke hadapan.

“Satu sahaja nasihat saya kepada mangsa, kejadian ini bukan kesilapan mereka. Kita patut memberikan mangsa semangat dan kekuatan untuk tampil menegakkan kebenaran.

“Mangsa-mangsa ini memerlukan keadilan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah satu-satunya saluran yang boleh memastikan keadilan diberikan kepada mereka,” katanya.

Sementara itu, Kumar berkata, dianggarkan seramai 10 saksi telah dipanggil termasuk suami, jiran serta ibu bapa bagi memberikan keterangan berhubung kes ibu kelar bayi minggu lalu.

"Suspek (ibu) telah dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, namun atas arahan makamah, suspek dihantar ke Hospital Permai bagi pemerhatian bawah peruntukan seksyen 342 Kanun Prosedur Jenayah.

"Pemerhatian boleh sampai sebulan hingga tiga bulan kerana perlu menunggu laporan daripada doktor pakar psikiatri," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!