Pengemis raih sehingga lima angka sepanjang Ramadan

Pengemis yang ditemui semasa salah satu operasi yang melibatkan JKM serta agensi penguat kuasa lain baru-baru ini di Kota Bharu. Gamnar kecil: Said
Pengemis yang ditemui semasa salah satu operasi yang melibatkan JKM serta agensi penguat kuasa lain baru-baru ini di Kota Bharu. Gamnar kecil: Said
A
A
A

RANTAU PANJANG - Pendapatan seorang pengemis di negeri ini boleh mencecah sehingga lima angka sepanjang Ramadan susulan peningkatan amalan bersedekah oleh umat Islam di bulan mulia ini.

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan, Said Sidup berkata, hasil operasi dijalankan pihaknya sebelum ini mendapati seorang pengemis mampu memperoleh pendapatan lebih RM300 sehari.

"Malah sudah menjadi trend setiap kali Ramadan, bilangan pengemis juga meningkat sama ada penduduk tempatan mahupun warga asing terutama dari Thailand.

"Mereka ini biasanya mengemis kerana mengambil kesempatan atas bulan Ramadan selain beberapa alasan lain lagi seperti tiada pendapatan, wang tidak cukup, kes mental dan sebagainya," katanya semasa sidang akhbar pada Isnin

Terdahulu, beliau merasmikan Majlis Penyerahan Bantuan Pasca Banjir Sempena Program Kembali Ke Sekolah 2024 dengan kerjasama Yayasan Sime Darby di Sekolah Kebangsaan (SK) Rahmat di sini

Hadir sama, Ketua Projek Yayasan Sime Darby, Muhammad Hafizzudin Mohd Arif.

Menurut Said, hasil operasi yang dijalankan mendapati ada dalam kalangan warga tempatan sihat tubuh badan tetapi berlakon sakit dan sebagainya demi menagih simpati orang ramai.

Ujarnya, amalan bersedekah sepanjang Ramadan adalah bagus tetapi dengan memberi kepada pengemis seperti menggalakkan lagi perbuatan tersebut.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, orang ramai boleh berbuat demikian dengan menyumbang kepada masjid, badan bukan kerajaan (NGO) dan sebagainya.

Pengemis 'berulang' warga tempatan akan dihantar ke desa bina diri

Dalam pada itu, Said berkata, pengemis yang diambil secara berulang oleh JKM akan dihantar ke desa bina diri bagi tujuan pemulihan.

Menurutnya, langkah tersebut bertujuan membantu golongan berkenaan supaya tidak mengulangi perkara tersebut.

"Biasanya kalau kali pertama dia (pengemis) diambil oleh JKM, kita akan berikan nasihat.

"Sekiranya mereka masih lagi kekal dengan sikap tersebut, kita akan ambil dan tempatkan mereka di desa bina diri bagi tujuan pemulihan," katanya semasa sidang akhbar pada Isnin

Sebelum itu beliau merasmikan Majlis Penyerahan Bantuan Pasca Banjir Sempena Program Kembali Ke Sekolah 2024 dengan kerjasama Yayasan Sime Darby di Sekolah Kebangsaan (SK) Rahmat di sini.

Hadir sama Ketua Projek Yayasan Sime Darby, Muhammad Hafizzudin Mohd Arif.

Menurut beliau, bagi pengemis warga asing yang diambil JKM akan diserahkan mereka kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

Dalam perkembangan lain, Said berkata, pada Ramadan kali ini JKM tidak mengetuai operasi sebaliknya menjalinkan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan (PBT).

Ujarnya, tugas menangkap pengemis itu hanya dilakukan oleh PBT.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!