Konvoi ke Batu Pahat bertukar tragedi, seorang maut

Motosikal mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 135.5 Jalan Peserai Batu Pahat, pada malam Sabtu.
Motosikal mangsa yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 135.5 Jalan Peserai Batu Pahat, pada malam Sabtu.
A
A
A

BATU PAHAT - Konvoi sekumpulan penunggang motosikal bertukar tragedi apabila seorang daripada mereka maut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 135.5 Jalan Peserai di sini, pada malam Sabtu.

Kejadian pada jam 10 malam itu membabitkan 11 motosikal yang dalam perjalanan dari Pasir Gudang ke sebuah restoran di Peserai, Batu Pahat.

Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Superintenden Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, mangsa yang maut dikenali sebagai Mohammad Danial Fadhan Mohd Fazli,24.

"Sebaik tiba di lokasi mangsa yang menunggang motosikal Yamaha LC hilang kawalan dan terbabas ke bahu kiri jalan sebelum melanggar sebatang pokok.

"Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan disahkan meninggal dunia kira-kira jam 12.05 pagi ketika mendapatkan rawatan di Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) Batu Pahat," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Shahrulanuar Mushaddat berkata, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai kejadian ini diminta tampil membantu siasatan.

"Mereka juga boleh menyalurkan maklumat berkenaan ke mana-mana Balai Polis berhampiran atau melalui Hotline Polis Kontinjen Johor di talian 07-2212999 atau melalui Hotline Polis IPD Batu Pahat di talian 07-4343999," katanya

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28