Pemandu trak pikap dicari bantu siasatan kemalangan maut penunggang motosikal

Pemandu trak pikap dikesan bantu siasat kes kemalangan maut di Lebuhraya Sungai Besi, berhampiran dengan Menara PGRM, di sini pada Isnin.
Pemandu trak pikap dikesan bantu siasat kes kemalangan maut di Lebuhraya Sungai Besi, berhampiran dengan Menara PGRM, di sini pada Isnin.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Polis sedang mengesan pemandu sebuah kenderaan pacuan empat roda bagi membantu siasatan berhubung kemalangan maut membabitkan penunggang motosikal di Lebuhraya Sungai Besi, berhampiran dengan Menara PGRM, di sini pada Isnin.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, kemalangan tersebut berlaku kira-kira jam 7.30 malam.

"Ketika kejadian sebuah motosikal yang dinaiki pasangan suami isteri berusia 45 dan 46 tahun sedang menghala ke Pandan Indah.

“Sampai sahaja di lokasi, mangsa didapati terlibat dalam kemalangan dan mengalami kecederaan parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan, pada Selasa.

Sarifudin berkata, pembonceng motosikal yang juga isteri mangsa kini berada di zon merah Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM).

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Ujar beliau, pihaknya memohon agar pemandu kenderaan pacuan empat roda yang berada di lokasi kejadian diminta tampil ke JSPT Kuala Lumpur di Jalan Tun. H.S.Lee bagi membantu siasatan.

“Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Wan Mohd Salehuddin Fitri Wan Hassan di talian 019-3970048 atau Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 03-2071 9999, Hotline JSPT Kuala Lumpur di talian 03-20260267/69 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya.

Artikel Berkaitan: