Doktor keluarkan belut hidup dari perut pesakit

Seekor belut berjaya dikeluarkan dari perut seorang lelaki di Vietnam. Foto Agensi
Seekor belut berjaya dikeluarkan dari perut seorang lelaki di Vietnam. Foto Agensi
A
A
A

HO CHI MINH - Sekumpulan doktor berjaya menyelamatkan seorang lelaki apabila mengeluarkan seekor belut hidup sepanjang 30 sentimeter (cm) dari perutnya.

Pada 20 Mac lalu, seorang lelaki berusia 34 tahun dimasukkan ke Pusat Perubatan di Daerah Hai Ha di Wilayah Quang Ninh selepas mengalami sakit perut yang teruk.

Selepas menjalani imbasan X dan ultra bunyi, doktor berjaya mengesan 'benda asing' dalam perutnya.

Demi menyelamatkan nyawa lelaki itu, doktor membuat keputusan segera dengan melakukan pembedahan dan mendapati benda asing itu adalah seekor belut sepanjang 30 cm.

Mujurlah, selepas pembedahan itu pesakit dilaporkan stabil dan dibenarkan pulang beberapa hari kemudian.

Ketika ditanya bagaimana belut itu memasuki perutnya, lelaki itu tidak dapat memberikan jawapannya, tetapi doktor percaya haiwan itu memasuki perutnya melalui dubur.

Bagaimanapun, perkara yang masih mengejutkan kakitangan hospital adalah bagaimana belut itu masih hidup dalam badan lelaki itu sehingga dibedah doktor. - Agensi

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: