Bas percuma buat warga Sepang

Hebahan bas percuma 'Bas Coaster Smart Selangor' yang mula beroperasi sejak 1 Januari lalu. - Foto FB MPSepang.
Hebahan bas percuma 'Bas Coaster Smart Selangor' yang mula beroperasi sejak 1 Januari lalu. - Foto FB MPSepang.
A
A
A

SEPANG - Majlis Perbandaran Sepang menyediakan perkhidmatan bas percuma 'Bas Coaster Smart Selangor' yang mula beroperasi sejak 1 Januari lalu.

Yang Dipertuanya, Mohd Fauzi Mohd Yatim berkata, ia melibatkan penyediaan empat bas di dua laluan SPG3 (Taman Seroja-Terminal Cyberjaya) dan SPG 4 (Taman Seroja- IOI City Mall)

Menurutnya, saiznya berbentuk mini sesuai digunakan di kawasan taman perumahan dan jalan sempit.

"Ia mampu memuatkan 20 hingga 30 penumpang dalam satu masa dan disediakan kemudahan mesra pengguna termasuk WiFi dan rakaman kamera litar tertutup (CCTV)," katanya.

Katanya, kemudahan itu sebagai akses kepada pengguna mendapatkan jaringan kemudahan pengangkutan awam.

"Kemudahan ini juga membolehkan penumpang dihantar terus ke lobi Hospital Serdang dan Terminal IOI City Mall tanpa perlu berjalan kaki sejauh 200 meter ke perhentian bas terletak di jalan utama.

"Kami berharap kemudahan ini memberikan manfaat sepenuhnya kepada rakyat Selangor khususnya yang tinggal di Sepang,” katanya.

Dijangka pelancarannya akan diadakan pada Selasa di IOI City Mall Putrajaya dirasmikan oleh Exco Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam dan Pembangunan Kampung Baru, Ng Sze Han.

Artikel Berkaitan: