Lebih 50,000 tiket balik Kelantan habis terjual dalam dua jam

Che Ibrahim (tengah) menunjukkan tiket yang boleh didapati pelanggan.
Che Ibrahim (tengah) menunjukkan tiket yang boleh didapati pelanggan.
A
A
A

KOTA BHARU - Sebanyak 53,370 tiket bas ekspres Konsortium E-Mutiara untuk pulang ke Kelantan sempena Hari Raya Aidilfitri habis dalam tempoh kurang dua jam

Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Bhd, Che Ibrahim Che Ismail, tarikh yang laris terjual bermula 4 hingga 9 April depan.

Menurut beliau, untuk hari raya tahun ini, sebanyak 1,186 trip membabitkan 70 buah bas ekspres syarikat berkenaan.

"Semua tiket itu habis sebaik sahaja pembelian dibuka dan ramai pelanggan membeli melalui dalam talian," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan zakat sempena Majlis Penyampaian Zakat Oleh Konsortium E-Mutiara di Ibu Pejabat Konsortium E-Mutiara Berhad di Kampung Panji pada Khamis.

Beliau memberitahu, susulan itu pihaknya akan menambah antara dua hingga tiga bas lagi untuk perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kelantan bagi memenuhi permintaan pelanggan.

"Alhamdulillah, sambutan masih diterima walaupun kami membuka jualan tiket agak lewat berbanding pengusaha bas lain di negeri ini," katanya.

Pada majlis itu, seramai lebih 300 penduduk miskin dan anak yatim menerima sumbangan zakat tahun ini.

Artikel Berkaitan:

Mereka turut menerima pek makanan untuk berbuka puasa dan sekotak kurma.