Harga tiket bas eksekutif di Pantai Timur dijangka naik 42 peratus

Che Ibrahim (kiri) bersama pegawai melihat sebahagian deretan bas ekspres yang parkir selepas Majlis Penyampaian Sumbangan Zakat E-Mutiara di Ibu Pejabat Konsortium E-Mutiara Berhad pada Khamis. Foto Bernama

A
A
A

KOTA BHARU - Pengusaha bas ekspres di Pantai Timur dijangka turut menaikkan harga tiket sebanyak 42 peratus bagi kelas eksekutif berikutan tidak dapat menampung pelbagai kos dalam industri itu.

Pengerusi Eksekutif Konsortium E-Mutiara Bhd (E-Mutiara), Che Ibrahim Che Ismail berkata, kenaikan harga itu juga sudah dilaksanakan pengusaha bas di beberapa negeri lain.

Beliau memberitahu, perbincangan sudah dilakukan di antara pengusaha bas di Pantai Timur dan mereka juga bersetuju melaksanakan langkah sama.

"Kita akan mengenakan harga tiket sebanyak RM44 berbanding kini RM35 untuk bas ekonomi, manakala RM75 untuk bas eksekutif yang sebelum ini hanya RM44," katanya.

Che Ibrahim (tengah) menyampaikan zakat dan makanan untuk berbuka puasa kepada anak yatim sempena Majlis Penyampaian Zakat Oleh Konsortium E-Mutiara pada Khamis.
Che Ibrahim (tengah) menyampaikan zakat dan makanan untuk berbuka puasa kepada anak yatim sempena Majlis Penyampaian Zakat Oleh Konsortium E-Mutiara pada Khamis.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan zakat sempena Majlis Penyampaian Zakat Oleh Konsortium E-Mutiara di Ibu Pejabat Konsortium E-Mutiara Berhad di Kampung Panji pada Khamis.

Jelas beliau, bas kelas eksekutif mempunyai kerusi 2 1 di setiap barisan manakala bas ekonomi ialah kerusi 2 2.

Bagaimanapun jelas beliau lagi, kenaikan harga tiket itu tidak berlaku dalam tempoh sepanjang musim perayaan ini kerana penumpang masih boleh membeli pada harga lama.

Artikel Berkaitan:

Che Ibrahim (tengah) menyampaikan zakat kepada warga emas yang memerlukan sempena Majlis Penyampaian Zakat Oleh Konsortium E-Mutiara pada Khamis.
Che Ibrahim (tengah) menyampaikan zakat kepada warga emas yang memerlukan sempena Majlis Penyampaian Zakat Oleh Konsortium E-Mutiara pada Khamis.

Che Ibrahim turut berpendapat, sebelum ini harga tiket masih rendah berikutan persaingan di antara pengusaha bas bagi menarik pelanggan namun ia tidak boleh diteruskan lagi.

"Banyak kos lain yang semakin meningkat termasuk harga bas, kos alat ganti dan kos operasi," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28