Aidilfitri: Tiket ETS habis, tiket bas terhad

Orang ramai sedang beratur bagi mendapatkan tiket untuk pulang ke kampung menjelang hari raya TBS pada Sabtu.
Orang ramai sedang beratur bagi mendapatkan tiket untuk pulang ke kampung menjelang hari raya TBS pada Sabtu.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Tiket perjalanan sempena hari raya tahun ini bagi perkhidmatan tren elektrik (ETS) dan bas ekspres di kebanyakan negeri habis dijual dalam tempoh kurang tiga bulan.

Tinjauan Sinar Harian di KL Sentral dan Terminal Bersepadu Selatan (TBS) mendapati tiket membabitkan tarikh antara 4 hingga 16 April itu habis susulan orang ramai membelinya lebih awal sejak kaunter jualan dibuka tiga bulan lalu.

Tiket bas yang habis dijual melibatkan destinasi ke pantai timur iaitu Kelantan bagi tarikh 5 hingga 11 April dan Terengganu pada 10 dan 11 April.

Bagaimanapun, perjalanan ke Pahang untuk beberapa lokasi seperti Raub, Rompin, Jerantut dan Terminal Kuantan Sentral (TSK) masih lagi tersedia kepada orang ramai.

Begitu juga dengan tiket perjalanan bas ke utara seperti Terminal Bas Shahab Perdana, Alor Star; Penang Sentral, Butterworth; Stesen Bas Kulim dan Ipoh masih boleh didapati.

Bagi arah Selatan pula iaitu Johor, sehingga kini masih terdapat kira-kira 177 bas ditawarkan kepada pengguna dengan tambang bermula dari RM34 hingga RM60.

Sementara itu perkhidmatan ETS menyediakan empat laluan utama iaitu Gemas - KL Sentral - Padang Besar; KL Sentral - Ipoh; KL Sentral - Butterworth dan KL Sentral - Padang Besar dengan tambang bermula dari RM10 hingga RM90.

Bagaimanapun, tiket ditawarkan ke semua destinasi dinyatakan itu telah habis dijual melainkan kerusi orang kelainan upaya.

Artikel Berkaitan:

Seorang pelajar Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Amelia Adila Maidin, 23, mendakwa, harga tiket bas meningkat antara RM1 hingga RM2 berbanding tahun lepas.

AMELIA ADILA
AMELIA ADILA

"Saya ulang-alik dari Johor ke TBS pada cuti semester atau pada minggu belajar. Saya perasan ada peningkatan pada harga tambang kali ini.

"Bagi tiket raya pula belum tahu lagi sebab selalu beli seminggu sebelum raya. Saya harap jika berlaku kenaikan nanti jangan terlalu ketara kerana ia akan membebankan pelajar seperti saya," katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Jannatul Irdina Mohd Al-Azham, 22, pula berkata, dia membeli tiket bas sebulan lebih awal setelah mendapati perkhidmatan ETS sudah tidak tersedia sejak dua minggu lalu.

JANNATUL IRDINA
JANNATUL IRDINA

Dia yang juga seorang pelajar di Universiti Putra Malaysia (UPM) memaklumkan, harga tiket dari TBS ke Taiping, Perak masih sama iaitu RM27.