Pengilang China henti eksport stoking tertera kalimah ALLAH

Pengilang stoking, Mu Mian Qing Hosiery Co Ltd telah menghentikan eksport stoking yang tertera kalimah ALLAH SWT ke Malaysia selepas isu tersebut mencetuskan kontroversi di negara ini.
Pengilang stoking, Mu Mian Qing Hosiery Co Ltd telah menghentikan eksport stoking yang tertera kalimah ALLAH SWT ke Malaysia selepas isu tersebut mencetuskan kontroversi di negara ini.
A
A
A

SHAH ALAM - Pengilang stoking China, Mu Mian Qing Hosiery Co Ltd telah menghentikan eksport stoking yang tertera kalimah ALLAH SWT ke Malaysia selepas isu tersebut mencetuskan kontroversi di negara ini.

Memetik laporan Malaysiakini, pengeluar yang berpusat di Yiwu, Wilayah Zhejiang, China itu berjaya dihubungi menerusi platform e-dagang negara berkenaan.

Menurutnya, kakitangan khidmat pelanggannya mengesahkan bahawa stoking berkenaan telah ditarik balik daripada jualan.

“Kami tidak mempunyai produk ini sekarang, ia telah ditarik balik. Kami menerima aduan beberapa hari lalu mengatakan ia tidak boleh dijual di negara mereka,” katanya kepada Malaysiakini.

Sebelum ini, tular di media sosial memaparkan stoking tertera kalimah ALLAH SWT yang dijual di salah satu cawangan kedai rangkaian serbaneka, KK Super Mart sehingga menimbulkan kemarahan umat Islam.

Susulan itu, Pengasas KK Super Mart, Datuk Seri Dr KK Chai tampil memohon maaf dan memberikan penjelasan bahawa stoking tersebut merupakan produk konsainan oleh pihak vendor yang diimport dari China.

Mengulas lanjut laporan itu, kakitangan khidmat pelanggan berkenaan juga enggan memberikan sebarang jawapan apabila ditanya mengenai penghasilan produk tersebut sama ada daripada pengeluar sendiri atau sebaliknya.

“Kami tidak tahu. Apa sahaja yang dihasilkan kilang, kami jual,” katanya kemudian menyekat nombor telefon wartawan Malaysiakini.

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28