Perak belum muktamad kadar baharu tarif air - MB

Saarani (tengah) ketika sesi bergambar sempena Majlis Penganugerahan Pangkat Kehormat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini pada Rabu. FOTO PEJABAT MB PERAK
Saarani (tengah) ketika sesi bergambar sempena Majlis Penganugerahan Pangkat Kehormat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini pada Rabu. FOTO PEJABAT MB PERAK
A
A
A

IPOH - Kerajaan negeri Perak masih belum memuktamadkan kadar baharu tarif air untuk kegunaan domestik di negeri itu.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, keputusan mengenai kadar baharu itu dijangka diketahui minggu depan.

Menurutnya, isu tersebut juga tidak dibincangkan dalam mesyuarat Exco yang berlangsung pada Rabu.

"Belum muktamad keputusannya (kadar baharu tarif air). Memang ada kertas (Exco) itu masuk hari ini tetapi kita ada perkara yang perlu kita perhalusi.

Saarani (kiri) menerima sijil daripada Nor Hisham sempena Majlis Penganugerahan Pangkat Kehormat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini pada Rabu. FOTO PEJABAT MB PERAK
Saarani (kiri) menerima sijil daripada Nor Hisham sempena Majlis Penganugerahan Pangkat Kehormat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini pada Rabu. FOTO PEJABAT MB PERAK

"Kita tangguh seminggu, minggu depan kita akan buat keputusan," katanya ringkas kepada pemberita selepas Majlis Penganugerahan Pangkat Kehormat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini pada Rabu.

Hadir sama pada majlis tersebut, Ketua Pengarah JBPM, Datuk Nor Hisham Mohammad; Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datuk Ahmad Suaidi Abdul Rahim; Pegawai Kewangan Negeri Perak, Datuk Mohd Zaki Mahyudin; Exco Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Sandrea Ng serta Pengarah JBPM Perak, Sayani Saidon.

Dalam perkembangan lain, Saarani memaklumkan pihaknya akan berbincang dengan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), Harith Fadzilah Abdul Halim mengenai kelonggaran pakaian bagi murid sekolah agama rakyat susulan keadaan cuaca panas yang melanda negara ketika ini.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, dari segi aktiviti pembelajaran pula, sekolah agama rakyat dan sekolah menengah agama negeri akan mengikut garis panduan ditetapkan Kementerian Pendidikan untuk sekolah-sekolah di bawah kementerian tersebut.

Nor Hisham (kiri) memakaikan pangkat Timbalan Kanan Pesuruhjaya Kehormat pada pakaian Saarani sempena Majlis Penganugerahan Pangkat Kehormat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini pada Rabu.
FOTO PEJABAT MB PERAK
Nor Hisham (kiri) memakaikan pangkat Timbalan Kanan Pesuruhjaya Kehormat pada pakaian Saarani sempena Majlis Penganugerahan Pangkat Kehormat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan, di sini pada Rabu. FOTO PEJABAT MB PERAK

Sementara itu pada majlis berkenaan, Saarani turut dianugerahkan pangkat Timbalan Kanan Pesuruhjaya Kehormat JBPM yang disempurnakan Nor Hisham.

Turut menerima pangkat kehormat JBPM, Ahmad Suaidi, Mohd Zaki dan Sandrea.

Pada 1 Februari lalu, Saarani memaklumkan kadar baharu tarif air di Perak dijangka diketahui awal Mac.

Mesyuarat Lembaga Air Perak akan membincangkan mengenainya sebelum dibawa ke mesyuarat Exco untuk dimuktamadkan.

Antara negeri yang sudah mengumumkan kenaikan ialah Selangor, Johor, Terengganu, Kelantan dan Melaka.

Sinar Harian pada 17 Januari lalu melaporkan pelarasan tarif air akan dilaksanakan di bawah Mekanisme Penetapan Tarif (TSM) bagi pengguna kategori domestik di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan berkuat kuasa mulai 1 Februari ini.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) dalam satu kenyataan memaklumkan, pelarasan itu melibatkan kenaikan purata sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28