Lelaki maut dilanggar ketika cuba samun

Seorang lelaki maut selepas cuba menyamun dalam kejadian di hadapan Farmasi Kuala Kedah pada Selasa.
Seorang lelaki maut selepas cuba menyamun dalam kejadian di hadapan Farmasi Kuala Kedah pada Selasa.
A
A
A

KUALA KEDAH - Cubaan tiga lelaki menyamun sebuah kenderaan membawa padah apabila seorang daripada mereka meninggal dunia akibat dilanggar pemandu kereta terbabit dalam kejadian di hadapan Farmasi Kuala Kedah, di sini pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, lelaki itu sedang menaiki keretanya semasa cuba disamun tiga lelaki yang menaiki dua motosikal kira-kira jam 6.39 pagi.

Beliau berkata, salah seorang suspek telah memukul cermin kereta pengadu di bahagian hadapan menggunakan sebatang objek sehingga pecah.

"Akibat ketakutan, pengadu terus memecut keretanya dan semasa cuba melepaskan diri, pengadu telah melanggar salah sebuah motosikal suspek yang cuba menghalang di bahagian hadapan.

"Suspek berusia 29 tahun telah meninggal dunia di tempat kejadian manakala dua lagi rakan suspek telah melarikan diri," katanya dalam kenyataan media pada Selasa.

Beliau memaklumkan, usaha untuk mengesan saksi dan suspek yang berjaya melarikan diri sedang giat dijalankan untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Tambah Ahmad Shukri, kes disiasat bawah Sekysen 302 Kanun Keseksaan ke atas pemandu kereta dan Seksyen 393 Kanun Keseksaaan ke atas dua orang suspek yang masih bebas.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: