Polis mohon bantuan kesan penjawat awam hilang sejak Khamis

Laporan Sinar Harian berhubung penjawat awam yang dilaporkan hilang
Laporan Sinar Harian berhubung penjawat awam yang dilaporkan hilang
A
A
A

IPOH - Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki berusia 35 tahun yang dilaporkan hilang di sekitar bandar raya ini sejak Khamis lepas.

Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh, Superintenden Mohamad Sajidan Abdul Shukor berkata, laporan berhubung kehilangan Muhammad Hafiq Azahari diterima daripada ahli keluarganya pada 8.47 malam, 26 November lepas.

​Beliau berkata, mangsa berketinggian 168 sentimeter dan berat 75 kilogram mempunyai bentuk badan sederhana serta berkulit sawo matang.

"Alamat terakhirnya adalah di No. 56, Hala Kledang Emas 7, Taman Kledang Emas, 30100 Ipoh, manakala alamat lain yang direkodkan adalah di Kampung Dato Ahmad Said di sini dan Rancangan Perumahan Awam 2, Kampung Gajah.

"Sehubungan dengan itu, polis mengalu-alukan kerjasama orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan individu berkenaan untuk tampil membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata ​orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ketua Polis Balai Taman Rishah Sarjan Michael di talian 016-532 5208 atau Pusat Kawalan Daerah (DCC) Ipoh di talian 05-254 2222.

Semalam dilaporkan, ahli keluarga Muhammad Hafiq meminta bantuan orang ramai mengesan penjawat awam di sebuah pihak berkuasa tempatan (PBT) itu yang dilaporkan hilang selepas gagal dihubungi keluarga.

Kehilangan Muhammad Hafiq yang bekerja sebagai pemandu itu disedari selepas tidak hadir bekerja selama dua hari berturut-turut pada Rabu dan Khamis lepas.

Abang mangsa, Muhamad Hasri Azhari, 38, berkata, kali terakhir adiknya dikesan berada di kawasan Taman Dr Seenivasagam di sini berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) sekitar jam 10 hingga 10.30 pagi, Selasa.

Artikel Berkaitan:

Rakaman tersebut menunjukkan Muhammad Hafiq berjalan kaki seorang diri di kawasan berkenaan dalam keadaan seolah-olah sedang menunggu seseorang.

 

 

 

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!