Tiga ahli Geng Samun Alif diberkas

Motosikal dan barangan lain yang dirampas berhubung kes samun di sebuah ladang ternakan ayam di Kampung Timah, Bukit Beruntung, di sini, pada Selasa.
Motosikal dan barangan lain yang dirampas berhubung kes samun di sebuah ladang ternakan ayam di Kampung Timah, Bukit Beruntung, di sini, pada Selasa.
A
A
A

HULU SELANGOR - Polis menumpaskan Geng Samun Alif yang disyaki melakukan jenayah di Kampung Timah, Bukit Beruntung, di sini, susulan tangkapan tiga ahlinya, pada Rabu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Deputi Superintenden Mohd Asri Mohd Yunus berkata, kesemua suspek berusia 29 hingga 38 tahun itu ditahan secara berasingan di Kuala Lumpur dan Rawang, jam 4.10 pagi.

"Hasil serbuan kita berjaya merampas sepucuk pistol angin, tiga motosikal, pakaian, kasut, dua topi keledar dan dua telefon bimbit serta beg penghantar makanan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Mohd Asri berkata, hasil pemeriksaan mendapati kesemua suspek mempunyai rekod lampau jenayah dan dadah.

"Ujian saringan air kencing pula mendapati mereka positif dadah jenis syabu.

"Suspek direman selama tujuh hari bermula hari ini sehingga 12 Mac untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan," ujarnya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan: