Menyamar penjual susu sebelum samun, ragut

Antara barangan yang dirampas di rumah suspek di Puchong, Selangor
Antara barangan yang dirampas di rumah suspek di Puchong, Selangor
A
A
A

SEREMBAN - Kegiatan seorang lelaki menyamun dan meragut dengan menyamar sebagai penjual susu dari rumah ke rumah terbongkar apabila dia berjaya dicekup polis.

Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, suspek berusia 40-an ditangkap di rumahnya di Puchong, Selangor pada jam 3.40 petang dalam operasi khas 'Ops Sentap' yang dilancarkan pada Ahad.

"Siasatan mendapati suspek mula bergiat aktif melakukan samun sejak pertengahan tahun lalu dengan modus operandinya menyamar sebagai penjual susu dengan menunggang motosikal dari rumah ke rumah.

"Suspek akan menyasarkan mangsa terutamanya wanita yang memakai barangan emas," katanya dalam kenyataan pada Selasa.

Menurutnya, terdapat beberapa barangan yang telah dirampas antaranya lima kad pengenalan milik orang lain, satu lesen memandu milik orang lain, dua buah telefon bimbit dan sebuah motosikal.

Tambahnya, dengan tertangkapkanya suspek, polis berjaya menyelesaikan sembilan kes yang dilakukan suspek di mana dua daripadanya dilakukan di Negeri Sembilan.

"Tiga kes masing-masing di kontinjen Perak dan Pulau Pinang dan (1) di Kedah yang melibatkan kerugian RM150,000.

"Suspek telah direman tujuh hari bermula Ahad hingga 23 Mac dan kes disiasat di bawah Seksyen 392 Kanun Keseksaan, sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum 14 tahun dan denda atau sebat jika sabit kesalahan," katanya.

Artikel Berkaitan:

Beliau berkata, hasil semakan juga mendapati, suspek mempunyai 19 rekod jenayah lampau melibatkan kes jenayah dan dadah," katanya.

Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang pernah menjadi mangsa untuk tampil membuat pengecaman dan sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan pegawai penyiasat kes Inspektor Ahmad Shazarwan Akmal di talian 013-4608699.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!