Cabaran puasa Diallo

Diallo. Foto EPA
Diallo. Foto EPA
A
A
A

MUNGKIN tidak ramai peminat tahu pemain sensasi, Amad Diallo yang meledak gol kemenangan pada masa tambahan ketika Manchester United menewaskan Liverpool 4-3 pada suku akhir Piala FA di Old Trafford bermain dengan perut kosong kerana berpuasa pada bulan Ramadan.

"Bukan mudah apabila sedang berpuasa, tetapi anda perlu yakin. Saya berpuasa kerana ALLAH.

"Saya berpuasa dan mahu berjuang untuk pasukan jika saya berada di atas padang. Syukur kepada ALLAH untuk saat ini," ujar Diallo.

Namun malang menimpa pemain berusia 21 tahun itu apabila dibuang padang kerana membuka jersinya.

"Saya terlupa sudah mengutip kad kuning pertama dan meraikan jaringan dengan membuka baju kerana terlalu teruja," katanya.

Diallo akan digantung satu perlawanan dalam aksi Liga Perdana Inggeris ketika United menentang Brentford pada 30 Mac.

Bagi menghormati Ramadan, pemain sayap United itu memadam akaun media sosialnya kerana mahu memberi tumpuan kepada ibadah puasa pada bulan mulia ini.

"Saya tidak mengaktifkan akaun media sosial untuk sebulan bagi memberi tumpuan kepada Ramadan. Bulan suci untuk saya dan media sosial adalah tempat yang anda boleh lihat perkara tidak elok ketika berpuasa.

Artikel Berkaitan:

"Hentikan kebencian, tidak ada apa yang salah dengan apa yang saya lakukan," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28