Kalah bukan lagi pilihan buat Manchester United

Ten Hag
Ten Hag
A
A
A

GERGASI Liga Perdana Inggeris, Manchester United kini menduduki tangga keenam liga selepas perlawanan derbi setempat menentang Manchester City pada Ahad lalu.

Kecundang 1-3 angkatan Erik ten Hag kepada armada pimpinan Pep Guardiola menyaksikan United mencatatkan kekalahan ke-11 tewas sepanjang musim selepas mengharungi 27 perlawanan liga.

Kekalahan itu juga menyaksikan United semakin menjarakkan diri dari kelompok pemburuan slot ke Liga Juara-Juara musim depan.

Aksi berdepan Everton di Stadium Old Trafford malam ini menyaksikan kalah bukan pilihan kecuali menang buat anak buah Ten Hag.

Everton atas kertas bukan satu ancaman buat Manchester United berdasarkan rekod pertemuan sebelum ini dengan rekod terakhir di Goodison Park berpihak skuad The Red Devils, 3-0 November lalu.

Namun sekiranya kekalahan ditempah, The Red Devils akan mencatatkan kekalahan ke-12 musim ini dengan saingan berbaki 10 perlawanan - melepasi rekod terburuk tewas 12 perlawanan sepanjang musim pada 2013/14 dan 2021/22.

Biarpun begitu, prestasi semasa Manchester United sekali lagi menjadi taruhan berdasarkan rekod 'dipecahkan Ten Hag bersama United sepanjang di Old Trafford ketika ini:

- Manchester United tidak pernah tewas 13 perlawanan menjelang Krismas sejak 1930, sehinggalah Ten Hag.

Artikel Berkaitan:

- Manchester United tidak pernah bermain empat perlawanan berturut-turut tanpa menjaringkan gol sejak 1992, sehinggalah Ten Hag

- Manchester United tidak pernah tewas dalam perlawanan berturut-turut kepada West Ham sejak 2007, sehinggalah Ten Hag

- Tiada pengurus Manchester United yang melepaskan 20 gol kepada Liverpool/Manchester City dalam tujuh perlawanan pertama menentang mereka sejak era Alfred Albut pada 1800-an, sehinggalah Ten Hag.

- Manchester United tidak pernah menamatkan dengan hanya lima mata dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara dalam sejarah pertandingan, sehinggalah Ten Hag.

- Tiada kelab Inggeris pernah melepaskan 15 gol dalam peringkat kumpulan Liga Juara-Juara dalam sejarah pertandingan, sehinggalah Ten Hag.

- Manchester United tidak pernah tewas empat daripada enam perlawanan kumpulan Liga Juara-Juara dalam sejarah pertandingan, sehinggalah Ten Hag.

- Manchester United tidak pernah gagal mengekalkan rekod bersih lima daripada enam perlawanan kumpulan Liga Juara-Juara dalam sejarah pertandingan, sehinggalah Ten Hag.

- Manchester United tidak pernah tewas 12 daripada 23 perlawanan pembukaan musim ini, sehinggalah Ten Hag.

- Manchester United tidak menduduki tempat terbawah kumpulan Liga Juara-Juara sejak 2006, sehinggalah Ten Hag.

- Bournemouth tidak pernah menang, mengekalkan rekod bersih dan menjaringkan tiga gol di Old Trafford, sehinggalah Ten Hag.

- Manchester United tidak pernah tewas tujuh daripada 16 perlawanan pembukaan Liga Perdana Inggeris, sehinggalah Ten Hag.

- Manchester United tidak pernah kalah dalam perlawanan liga menentang Newcastle sejak 1972, sehinggalah Ten Hag.

- Manchester United tidak pernah tewas tiga perlawanan berturut-turut kepada Newcastle United sejak 1922, sehinggalah Ten Hag.

- Newcastle United tidak pernah meledak tiga gol berturut-turut menentang Manchester United sejak 1897, sehinggalah Ten Hag.

- Manchester United tidak pernah tewas enam daripada 14 perlawanan pembukaan musim Liga Perdana Inggeris, sehinggalah Ten Hag.

- Tiada pasukan Inggeris dalam sejarah Liga Juara-Juara pernah melepaskan 14 gol dalam lima perlawanan kumpulan pertama, sehinggalah Ten Hag.

- Manchester United tidak pernah melepaskan tiga gol dalam empat perlawanan Liga Juara-Juara berbeza dalam satu musim, sehinggalah Ten Hag.

- Manchester United tidak pernah kalah dalam perlawanan Liga Juara-Juara yang mereka mendahului dengan dua gol, sehingga Ten Hag, dua kali sejak itu.

- Manchester United tidak pernah kalah dalam perlawanan yang mereka mendahului dengan dua gol sejak 2014, sehinggalah Ten Hag.

- Manchester United tidak pernah kehilangan mata sebanyak ini daripada kedudukan kemenangan dalam sejarah Liga Juara-Juara, sehinggalah Ten Hag.

- Manchester United tidak pernah bolos empat dalam dua perlawanan kumpulan Liga Juara-Juara, sehinggalah Ten Hag.

- Manchester United tidak pernah kalah sembilan daripada 17 perlawanan pembukaan sejak 1974, sehinggalah Ten Hag.

- Tiada pasukan yang pernah memberikan empat penalti dalam empat perlawanan kumpulan Liga Juara-Juara pertama mereka dalam sejarah pertandingan, sehinggalah Ten Hag.

- Tiada pemain semuda Roony Bardghji telah menjaringkan gol menentang Manchester United dalam Liga Juara-Juara, sehinggalah Ten Hag.

- Manchester United tidak pernah kalah lapan daripada 15 perlawanan pembukaan dalam semusim sejak 1962sehinggalah Ten Hag.

- Manchester United tidak pernah tewas lima daripada 10 perlawanan pertama mereka di Old Trafford sejak 1931, sehinggalah Ten Hag.

- Newcastle United tidak pernah menang di Old Trafford sejak 2013,

sehinggalah Ten Hag.

- Newcastle tidak pernah memenangi perlawanan piala menentang Manchester United sejak 1994, sehinggalah Ten Hag.

- Manchester United tidak pernah tewas dua kali berturut-turut kepada Newcastle sejak 1972, sehinggalah Ten Hag.

- Tiada pengurus Manchester United selepas perang melepaskan 20 gol kepada City dan Liverpool dalam enam perlawanan pertama menentang mereka, sehinggalah Ten Hag.

- Manchester United tidak pernah tewas lima daripada 10 perlawanan pembukaan liga dalam tempoh 36 tahun, sehinggalah Ten Hag.

- Galatasaray tidak pernah memenangi perlawanan di bumi Inggeris selama 117 tahun, sehinggalah Ten Hag.

- Manchester United tidak pernah kalah dalam dua perlawanan kumpulan Liga Juara-Juara pembukaan, sehinggalah Ten Hag.

- Dan, Manchester United tidak pernah melepaskan tujuh gol dalam dua perlawanan kumpulan Liga Juara-Juara pembukaan sehingga Ten Hag mengendalikan The Red Devils.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28