Mustahil United dapat akhiri EPL kedudukan Top 4

Reaksi pertahanan United, Jonny Evans ketika perlawanan menentang Everton di Old Trafford. Foto AFP
Reaksi pertahanan United, Jonny Evans ketika perlawanan menentang Everton di Old Trafford. Foto AFP
A
A
A

LEGENDA Manchester United, Roy Keane meragui bekas pasukannya itu mempunyai peluang untuk mengakhiri saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dalam kelompok empat pasukan teratas.

The Red Devils menewaskan Everton di Old Trafford manakala Tottenham Hotspur menewaskan Aston Villa untuk merancakkan perebutan pasukan kedudukan keempat.

United masih kekal lapan mata di belakang Villa dan berada enam mata di belakang Spurs setelah bermain lebih satu perlawanan.

"Saya fikir keyakinan itu (kepada Spurs), momentum itu apabila anda mempunyai pemain dari bangku simpanan untuk menjaringkan gol. Faktor perasaan yang baik itu yang membawa kepada memenangi perlawanan bola sepak.

"Ia satu kegagalan untuk Villa dan keputusan besar untuk Spurs. Saya tidak pasti sebenarnya, kita bercakap mengenai empat atau lima teratas tetapi perkara utama untuk United adalah konsisten dan terus memenangi perlawanan bola sepak dan berharap mereka (Spurs dan Villa) tergelincir.

"Saya rasa agak sukar untuk United mengatasi Villa di tempat keempat. Mereka (United) perlu terus memenangi setiap perlawanan," katanya.

United akan berehat tiga minggu daripada EPL dan akan beraksi menentang Brentford pada 30 Mac.

The Red Devils menerima kunjungan Liverpool di Old Trafford pada suku akhir Piala FA Ahad depan.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!