Dua murid sekolah di Pahang dijangkiti influenza A

Foto: 123rf
Foto: 123rf
A
A
A

KUANTAN - Dua murid sekolah rendah di Pahang disahkan dijangkiti virus Influenza A, kata Pengarah Pendidikan Pahang, Datuk Dr Tajuddin Mohd Yunus.

Beliau berkata, mangsa pertama ialah murid Tahun Lima di sebuah sekolah di Raub yang dipercayai mula dijangkiti penyakit itu pada Khamis lalu selepas dibawa ke klinik kerana demam.

“Pihak sekolah dimaklumkan oleh ibu bapa kanak-kanak itu yang membawanya ke sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur dan difahamkan telah diberi arahan kuarantin selama lima hari bermula Khamis lalu,” katanya menerusi kenyataan media, di sini hari ini.

Tajuddin berkata, kes kedua direkodkan di Kuantan melibatkan murid tahun dua yang kini sedang mendapat rawatan di sebuah hospital swasta di daerah ini.

Katanya, bapa murid itu memaklumkan anaknya menghidap influenza A selepas pihak sekolah menghubungi keluarga itu semalam, selepas murid itu gagal hadir ke sekolah bermula 6 Januari lalu.

Beliau berkata, Pejabat Kesihatan Daerah telah dimaklumkan mengenai kejadian itu supaya langkah sewajarnya dapat dilakukan bagi mengawal penularan virus itu. - Bernama

Artikel Berkaitan: