PADU: Selangor bakal negeri tertinggi keciciran bantuan subsidi bersasar

Rafizi ketika sidang akhbar di Putrajaya pada Isnin.
Rafizi ketika sidang akhbar di Putrajaya pada Isnin.
A
A
A

PUTRAJAYA - Selangor bakal menjadi negeri mempunyai isu keciciran bantuan subsidi bersasar tertinggi susulan ramai penduduk di kawasan berkenaan tidak mendaftar Pangkalan Data Utama (PADU).

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli menjelaskan, jumlah tersebut berdasarkan 4,752 kawasan yang belum diliputi dalam sistem PADU sejak ia dilancarkan pada 2 Januari lalu.

Daripada jumlah itu, katanya, penduduk di 1,282 lokaliti Selangor tidak mempunyai maklumat dalam pangkalan data berkenaan diikuti Kuala Lumpur (992), Sarawak (765) dan Sabah (620).

"Penelitian pengemaskinian PADU di peringkat lokaliti ini akan menjadi 'input' untuk memastikan semua kawasan diliputi, mempunyai perwakilan dan tidak berlaku keciciran.

"Jadi dalam tempoh dua minggu terakhir, saya berharap tindakan sewajarnya dapat diambil oleh kerajaan negeri lain untuk memastikan penduduk mengemaskini (data) sistem," katanya dalam sidang akhbar di sini pada Isnin.

Mengulas lanjut Rafizi memaklumkan, satu sesi dialog awam (town hall) akan diadakan pada 23 Mac ini di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi memberi penerangan serta mendapatkan kerjasama pihak berkaitan bagi membantu meningkatkan pendaftaran dalam kalangan rakyat.

Dalam pada itu Rafizi berkata, terdapat tiga kumpulan data yang akan wujud dalam sistem PADU selepas dikemaskini pada 31 Mac kelak.

Menurutnya, kumpulan itu merangkumi data pentadbiran daripada maklumat asas isi rumah, data tinjauan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) termasuk pendapatan dan perbelanjaan isi rumah serta data tambahan daripada kemas kini yang dibuat penduduk.

Artikel Berkaitan:

"Kemas kini ini akan membantu memperkukuh, memperinci serta membuat semak silang jika ada data yang bertentangan.

"Selepas 31 Mac, kerajaan mempunyai data mencukupi untuk beralih kepada PADU sebagai rujukan dalam perancangan program dan dasar," jelasnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!