Perhilitan Terengganu giat kesan gajah cedera

Sinar Harian pada Sabtu melaporkan, seekor gajah liar cedera setelah dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dalam kejadian di Kilometer 45, Kampung Kolam, Jalan Kuala Terengganu - Kampung Raja di sini pada Jumaat.
Sinar Harian pada Sabtu melaporkan, seekor gajah liar cedera setelah dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dalam kejadian di Kilometer 45, Kampung Kolam, Jalan Kuala Terengganu - Kampung Raja di sini pada Jumaat.
A
A
A

SETIU - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu sedang giat mengesan seekor gajah liar yang cedera setelah dirempuh sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dalam kejadian di Kilometer 45, Kampung Kolam, Jalan Kuala Terengganu - Kampung Raja di sini pada Jumaat.

Pengarahnya, Loo Kean Seong berkata, pihaknya mengerakkan operasi bagi menangkap haiwan tersebut menerusi penjejakan gajah yang dijalankan oleh kumpulan tangkapan terdiri daripada tujuh anggota Perhilitan.

"Kita masih dalam usaha mencari dan mengesan gajah di kebun serta belukar yang berhampiran dengan tempat kejadian.

"Operasi tangkapan ini akan diteruskan sehingga dua hingga tiga hari lagi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini pada Sabtu.

Mengulas lanjut, Kean Seong berkata, orang ramai diminta supaya lebih berwaspada jika terserempak dengan hidupan liar tersebut.

"Orang awam dinasihati untuk memandu kereta dengan lebih berhati-hati jika melalui kawasan berkenaan.

"Sebarang aduan serta maklumat berkenaan hidupan liar boleh disalurkan kepada pejabat Perhilitan berhampiran dan pihak berkuasa," jelasnya.

Pada Jumaat, seekor gajah liar cedera setelah dirempuh sebuah SUV dalam kejadian di Kilometer 45, Kampung Kolam, Jalan Kuala Terengganu - Kampung Raja di sini.

Artikel Berkaitan:

Ketua Polis Daerah Setiu, Deputi Superintenden Afandi Hussin berkata, insiden itu berlaku pada jam 10.15 malam apabila SUV jenis Porsche Cayenne dipandu seorang lelaki dalam perjalanan dari Rhu 10 menuju ke Lembah Bidong.

Afandi berkata, akibat rempuhan itu, haiwan tersebut dipercayai cedera pada bahagian kaki dan jatuh di tempat kejadian.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!