Perhilitan tangkap gajah liar seberat 2 tan

Perhilitan Terengganu berjaya menangkap seekor gajah liar jantan dianggarkan seberat 2 tan untuk dipindahkan ke habitat lebih selamat.
Perhilitan Terengganu berjaya menangkap seekor gajah liar jantan dianggarkan seberat 2 tan untuk dipindahkan ke habitat lebih selamat.
A
A
A

BESUT - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu berjaya menangkap seekor gajah jantan liar yang berkeliaran di beberapa kampung di Jabi, di sini.

Pengarahnya, Loo Kean Seong berkata, mamalia seberat 2 tan itu ditangkap selepas pihaknya menerima aduan berkenaan kehadirannya pada 4 Mac lalu.

Menurutnya, seramai enam anggota Perhilitan telah membuat pemantauan sejak tiga hari sebelum ia ditangkap pada petang Khamis untuk dipindahkan ke lokasi lebih selamat.

"Gajah berkenaan berjaya ditangkap kira-kira jam 4 petang di Kampung Dendong, Bukit Keluang, Besut.

"Ia kini berada dalam keadaan stabil serta sihat dan akan dipindahkan ke Taman Negara Terengganu dalam masa terdekat," katanya.

Difahamkan, gajah berkenaan sebelum ini ditemui merayau-rayau di beberapa buah kampung di sekitar kawasan itu dan dikhuatiri menjejaskan tanaman penduduk.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan: