Kemurungan, PTSD di Hong Kong meningkat

Polis menahan seorang lelaki semasa rusuhan di Hong Kong 22 Disember lalu. - Foto AFP
Polis menahan seorang lelaki semasa rusuhan di Hong Kong 22 Disember lalu. - Foto AFP
A
A
A

HONG KONG - Hampir satu daripada tiga orang dewasa di Hong Kong dilaporkan mengalami gejala gangguan tekanan pasca trauma (PTSD) susulan rusuhan ganas yang kerap berlaku di wilayah itu sejak beberapa bulan lalu.

Menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal perubatan The Lancet semalam, kira-kira satu dalam 10 orang mempunyai simptom kemurungan dan angka itu adalah setanding dengan yang biasa dilihat di kawasan konflik bersenjata atau pernah diserang pengganas.

Kelaziman gejala PTSD adalah enam kali lebih tinggi berbanding selepas protes menguasai kerajaan pada 2014, iaitu naik daripada kira-kira lima peratus pada Mac 2015 kepada hampir 32 peratus pada September hingga November 2019.

Peningkatan itu sepadan dengan tambahan 1.9 juta orang dewasa dengan simptom PTSD di bandar berkenaan sebanyak 7.4 juta kes.

Penyelidik juga berpendapat penggunaan media sosial aktif yang sentiasa mengikuti peristiwa sosio politik antara faktor menyumbang kepada peningkatan risiko dua penyakit tersebut.

"Hong Kong tidak mempunyai sumber yang mencukupi untuk menangani beban kesihatan mental berlebihan ini," kata Dekan perubatan di Universiti Hong Kong, Profesor Gabriel Leung yang mengetuai kajian itu.

Difahamkan, penyelidik menggunakan banyak tinjauan yang dijalankan ke atas 18,000 orang antara 2009 dan 2019 dalam kajian terbesar dan paling lama berkaitan kesan penduduk terhadap pergolakan sosial serta kesihatan mental di dunia. - AFP

Artikel Berkaitan: