Lapan motosikal kena sita gara-gara ekzos bising

Antara penunggang motosikal dikenakan saman atas pelbagai kesalahan trafik menerusi Op Cegah Samseng Jalanan di Persiaran Bandaraya, Seksyen 14 pada Sabtu.
Antara penunggang motosikal dikenakan saman atas pelbagai kesalahan trafik menerusi Op Cegah Samseng Jalanan di Persiaran Bandaraya, Seksyen 14 pada Sabtu.
A
A
A

SHAH ALAM - Tindakan sekumpulan penunggang motosikal melakukan ubah suai dengan menukar ekzos bising dan komponen lain menyalahi undang-undang mengundang padah apabila lapan motosikal disita dalam Op Cegah Samseng Jalanan di Persiaran Bandaraya, Seksyen 14 di sini pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim berkata, operasi bermula kira-kira jam 11 malam itu melibatkan seorang pegawai dan 12 anggota Bahagian Siasatan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam.

"Pemeriksaan dijalankan membawa kepada sitaan melibatkan lapan buah motosikal dan pelbagai kesalahan lain.

"Tindakan berkenaan dijalankan di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya kepada Sinar Harian pada Isnin.

Antara penunggang motosikal dikenakan saman atas pelbagai kesalahan trafik menerusi Op Cegah Samseng Jalanan di Persiaran Bandaraya, Seksyen 14 pada Sabtu.
Antara penunggang motosikal dikenakan saman atas pelbagai kesalahan trafik menerusi Op Cegah Samseng Jalanan di Persiaran Bandaraya, Seksyen 14 pada Sabtu.

Ujar beliau, pihaknya komited dalam memastikan sebarang kegiatan menyalahi undang-undang antaranya pengubahsuaian tidak mengikut spesifikasi ditetapkan ini dapat dibanteras sepenuhnya.

"Pengubahsuaian terutamanya melibatkan ekzos akan memberikan gangguan kepada ketenteraman awam masyarakat setempat.

"Selain itu, kita sentiasa memantau aktiviti samseng jalanan setiap masa terutama pada hujung minggu bagi mengekang sebarang aktiviti tidak bermanfaat ini," katanya.

Artikel Berkaitan:

Menurutnya, antara menjadi fokus adalah menunggang secara melulu dan berbahaya.

"Polis akan terus memburu mana-mana individu yang berdegil dan tidak gerun dengan hukuman dikenakan atas kesalahan di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Tiada kompromi kesalahan melibatkan samseng jalanan bagi memastikan keselamatan pengguna lain terjaga," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!