X

Kindly register in order to view this article
!

Saifuddin Abdullah sokong kenyataan Hussamuddin

Saifuddin Abdullah -Foto Bernama
A
A

SHAH ALAM - Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah menyokong kenyataan Penerbit Sinar Harian, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub yang menggesa kerajaan, parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat Malaysia pelbagai kaum agar tidak terus memainkan isu perkauman dan agama.

Menurutnya, tidak menjadi kesalahan untuk mana-mana pihak mempunyai pandangan yang berbeza dalam sesuatu isu, namun jangan sampai saling membenci antara satu sama lain.

“Berkata benar walaupun pahit, hatta di depan penguasa yang zalim.

“Kita boleh berbeza pendapat, tapi jangan sampai benci-membenci. Teruskan bersuara Datuk (Hussamuddin),” katanya menerusi ciapan di akaun Twitternya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika membalas ciapan Hussamuddin yang meluahkan ada pihak yang ‘panas’ dengan dengan gesaan beliau supaya kerajaan, ahli politik pertubuhan bukan kerajaan dan rakyat Malaysia pelbagai kaum agar tidak memainkan isu perkauman dan agama seperti yang berlaku sejak 20 bulan lalu kerana tindakan itu boleh menyemai kebencian yang akan menghancurkan negara.

ARTIKEL BERKAITAN: [VIDEO] Hubungan kaum, agama semakin parah di Malaysia

Sementara itu, dalam ciapan lain, Saifuddin yang juga Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH) turut menyatakan sokongan terhadap kempen Uninstall Hatred dan Reboot Malaysia dan juga global harmoni yang dicetuskan Hussamuddin itu.

“Saya telah baca kenyataan Datuk Hussamuddin dalam Sinar Harian. Ia sangat penting dan berterus terang.

“Terima kasih atas peringatan-peringatan tersebut. Ia banyak selari dengan inisiatif saya dan IdeSelangor.

“Hiduplah dengan aman. Saya Sokong,” ciapnya di Twitter.


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus