Kedah, KL City belum selamat

Stuart Ramalingam
Stuart Ramalingam
A
A
A

KEDAH Darul Aman FC (KDA FC) dan Kuala Lumpur City FC (KL City) masih belum selamat apabila diberikan tempoh masa untuk menyelesaikan masalah tunggakan gaji pemain dan pegawai mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif Liga Bola Sepak Malaysia (MFL), Datuk Stuart Ramalingam berkata, kegagalan kedua-dua pasukan itu menyelesaikan tunggakan gaji itu akan menyebabkan mereka berdepan hukuman penarikan lesen kebangsaan oleh First Instance Body (FIB).

"KDA FC dan KL City diarahkan untuk membuat pembayaran pertama sebanyak 50 peratus pada atau sebelum 15 Mac dan penyelesaian penuh pada atau sebelum 29 Mac.

"Kegagalan untuk membuat pembayaran seperti tarikh yang ditetapkan itu bakal mengakibatkan kedua-dua kelab Liga Super itu dikenakan sekatan perpindahan pemain berserta denda atau berdepan hukuman penarikan lesen kebangsaan oleh FIB," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Sebelum ini, KDA FC menerusi satu kenyataan menjelaskan pengurusan KDA FC diketuai Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar telah mendapat kelulusan pembiayaan dana daripada institusi tertentu untuk tujuan penyelesaian tunggakan tersebut.

Namun, dana tersebut hanya akan ditunaikan seawal bulan April.

KDA FC dilaporkan berhutang gaji pemain untuk empat bulan sejak musim lepas.

KL City pula dilaporkan berdepan masalah tunggakan gaji untuk dua bulan membabitkan jumlah RM2 juta.

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!