John Carew impi watak penjahat dalam filem James Bond

Carew beralih karier lakonan selepas bersara daripada bola sepak. Foto Agensi
Carew beralih karier lakonan selepas bersara daripada bola sepak. Foto Agensi
A
A
A

NAMA John Carew pasti tidak asing bagi peminat Liga Perdana Inggeris (EPL), terutamanya penyokong Aston Villa.

Kini, bekas penyerang berusia 46 tahun itu beralih daripada dunia bola sepak ke layar perak dan bercita-cita muncul sebagai penjahat dalam filem James Bond.

Carew yang membuat 123 penampilan dalam EPL dan terkenal kerana sering menjaringkan gol bersama Gabby Agbonlahor, kini menumpukan perhatian pada dunia lakonan.

Selepas pernah bekerja bersama bintang Hollywood seperti Angelina Jolie, beliau mahu melangkah lebih jauh dan watak pembantu penjahat menjadi pilihan utamanya.

“Saya mahu jadi penjahat dalam filem James Bond. Bukan boss utama, cuma pembunuh upahan, orang kanan penjahat yang kalah dengan Bond,” kata Carew kepada The Athletic.

Carew mengakhiri karier bola sepaknya pada 2012, selepas empat musim dalam EPL dan setahun terakhirnya mewakili West Ham.

Beliau menghabiskan sebahagian besar kariernya di Villa, menjaringkan 48 gol dalam 131 perlawanan, termasuk 13 gol liga dalam satu musim bersama Agbonlahor.

Minat bekas pemain antarabangsa Norway ini dalam lakonan bermula sewaktu masih aktif bermain bola sepak.

“Saya mula ambil kelas lakonan pada 2009. Jurulatih datang ke apartmen saya di London, ajar cara membawakan watak.

Artikel Berkaitan:

“Ia sesuatu yang saya minat sejak lama, tetapi ketika itu fokus utama saya tetap bola sepak,” jelasnya.

Selepas bersara, Carew tidak membuang masa. Beliau muncul dalam filem seram Kanada Dead of Winter (2014), beberapa produksi Norway dan drama Home Ground (2018-2019).

Dalam treler Black Frost, Carew menggambarkan dirinya sebagai gabungan Bond dan Jason Bourne, “dengan sedikit lebih daya tarikan.”

Beliau juga pernah berlakon dalam Maleficent: Mistress of Evil dan bertemu pelakon terkenal seperti Brad Pitt dan Eva Mendes.

Walaupun dijatuhi hukuman penjara 14 bulan pada 2022 kerana gagal melaporkan pendapatan dan aset melebihi 25 juta pound (RMRM133.8 juta) di Norway, Carew tetap aktif.

Semasa menjalani hukuman, beliau membantu Persatuan Bolasepak Norway melatih pemain muda, pengalaman yang diteruskan hingga kini.

Carew melihat persamaan antara bola sepak dan lakonan.

“Dalam kedua-duanya, kerja berpasukan penting. Setiap orang perlu lakukan tugas masing-masing.

“Tekanan sentiasa ada, dan saya sudah terbiasa menghadapinya sejak bermain bola,” ujar Carew.

Ringkasan AI

  • John Carew, bekas penyerang EPL kini beralih minat ke lakonan dengan cita-cita menjadi penjahat dalam filem James Bond
  • Beliau memiliki pengalaman berlakon bersama bintang Hollywood seperti Angelina Jolie
  • Carew memulakan kelas lakonan pada tahun 2009 semasa masih aktif dalam kerjaya bola sepaknya
  • Selepas bersara dari bola sepak, Carew telah berlakon dalam beberapa filem dan drama termasuk Maleficent: Mistress of Evil
  • Walaupun dijatuhi hukuman penjara, Carew tetap aktif dalam industri lakonan dan membantu melatih pemain muda bolasepak Norway

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!