Penipuan Jho Low, Lokman pertahan Najib

Paparan Facebook Lokman.
Paparan Facebook Lokman.
A
A
A

KUALA LUMPUR - Selepas mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa beliau tidak menolak kemungkinan ahli perniagaan kontroversi, Low Taek Jho menipu Malaysia, Presiden Pemantau Malaysia Baharu, Datuk Lokman Noor Adam pula bingkas mempersoalkan beberapa perkara berhubung isu berkenaan.

Antara nama yang disebut Ahli Majlis Tertinggi Umno itu termasuklah bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz di mana Lokman Noor mempersoalkan tindakan Zeti semasa beliau masih berkhidmat sebagai Gabenor.

“Katakanlah, apa dilaporkan Sarawak Report adalah benar bahawa dana itu bukan datang dari Kerajaan Saudi atau kerabat Diraja Saudi, kenapa Bank Negara membenarkan dana itu dibawa masuk?

“Sudah pasti Najib hanya tahu wang yang masuk ke dalam akaun beliau datangnya dari Falcon Singapura sahaja tapi bagaimana mungkin Najib boleh tahu bahawa sebelum duit itu berada di Falcon Singapura, ia datang dari Tanore?

“Sejak bila maklumat perbankan bukan lagi rahsia sehingga Najib boleh tahu ‘money trail’ duit tersebut,” tulis beliau dalam laman Facebooknya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Mungkin Jho Low tipu Malaysia kata Najib]

Tambah beliau, jika benar dana tersebut datang dari Tanore, sudah pasti bekas Zeti akan memaklumkan kepada Najib maklumat berkenaan.

“Kecuali jika beliau bersekongkol dengan Jho Low untuk memperdaya perdana menteri bahawa dana tersebut benar-benar datang dari kerabat Saudi sepertimana surat yang diserahkan oleh Jho Low kepada Najib dan pengakuan penyumbang terbabit kepada Najib,” ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Lokman Noor menambah, Najib tidak berniat mencuri dana RM2.6 bilion yang dikaitkan dengannya kerana beliau telah memulangkan hampir semua dana tersebut selepas PRU13.

“Jika dana AS$681 juta itu adalah rasuah atau suapan kepada Najib serta bukan sumbangan untuk Dana Pilihanraya BN, Najib tidak perlu membawa dana tersebut masuk ke Malaysia.

“Sebaliknya beliau boleh menyimpan suapan tersebut di Swiss Bank atau lokasi-lokasi lain,” ujarnya.