Petra mohon tambahan RM100 juta selesai masalah air di Sabah

Fadillah
Fadillah
A
A
A

KUALA LUMPUR - Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (Petra) sedang memohon tambahan peruntukan RM100 juta bagi membantu menyelesaikan masalah air di Sabah.

Menterinya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, empat projek baharu juga sudah diluluskan di bawah Rolling Plan Keempat (RP4), Rancangan Malaysia ke-12 (RMK12) berjumlah RM200 juta bagi penyelesaian jangka pendek isu bekalan air di Sabah.

"Kementerian sedang memohon penyelarasan semula kos kepada Kementerian Ekonomi bagi tambahan peruntukan sebanyak RM100 juta berdasarkan kelulusan Jemaah Menteri.

"Kementerian akan memastikan projek yang diluluskan dipantau secara berkala dengan mengadakan lawatan kerja dan mesyuarat di tapak oleh agensi bertanggungjawab," katanya menjawab soalan Datuk Seri Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat pada Rabu.

Fadillah berkata, kerajaan negeri Sabah juga telah diluluskan peruntukan sebanyak RM163.55 juta di bawah RP4 bagi projek-projek sambungan.

“Bagi penyelesaian jangka panjang, kerajaan negeri Sabah boleh memohon di bawah Rolling Plan akan datang berdasarkan perancangan projek dan keperluan bagi menyelesaikan isu bekalan air di negeri itu," katanya.

Fadillah berkata, cabaran utama di Sabah, selain Air Tidak Terhasil (NRW) yang kurang akibat paip pecah, kes kecurian air juga banyak dikesan berlaku di negeri tersebut.

“Kalau nak serah sebahagian kuasa mengurus air itu kepada persekutuan supaya persekutuan dan negeri dapat merancang apakah solusi keseluruhannya untuk bekalan air Sabah.

Artikel Berkaitan:

“Tapi lebih utama, cabaran di Sabah ialah di samping NRW disebabkan kebocoran paip, banyak juga berlaku kecurian, 'illegal extension' ini yang perlu diambil tindakan," katanya.

Beliau berkata, jika perkara itu tidak dapat diatasi ia akan menjejaskan segala rancangan di kedua-dua peringkat sama ada di negeri dan persekutuan.

“Di peringkat persekutuan, kita sedia untuk membantu.

“Bagi Labuan, sekarang Labuan berada di bawah persekutuan. Cuma kalau nak buat loji air di Labuan, sumber air tidak mencukupi. Sebab itu mereka perlu ambil air dari tanah besar di Sabah,” ujarnya.