Bayi ditinggal depan kedai, ADUN minta kendalikan kes dengan ihsan

Michelle (kanan) tiba di tempat kejadian dan sempat melihat bayi itu sebelum dibawa ke Hospital Shah Alam. Foto FB Michelle Ng Mei Sze
Michelle (kanan) tiba di tempat kejadian dan sempat melihat bayi itu sebelum dibawa ke Hospital Shah Alam. Foto FB Michelle Ng Mei Sze
A
A
A

SUBANG JAYA - Seorang bayi lelaki berusia sekitar sebulan ditemui ditinggalkan di hadapan sebuah rumah kedai Court 4 di USJ pada Selasa.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Michelle Ng Mei Sze yang tiba di tempat kejadian dan sempat melihat bayi itu sebelum bayi itu dibawa ke Hospital Shah Alam berharap

Ujarnya, pemimpin masyarakat di kawasan berkenaan turut mengendalikan bayi itu dengan baik dan dalam masa sama menghubungi pihak berkuasa.

Beliau berterima kasih kepada semua pihak terlibat dan turut meminta pihak berkuasa untuk mengambil pendekatan ihsan dalam mengendalikan kes tersebut.

“Tiga bulan pertama adalah tempoh paling sukar bagi ibu bapa, terutamanya ibu kerana beliau perlu sembuh, menjaga bayi yang baru lahir, menyusu, menguruskan hormon yang turun naik dan mengalami masalah kurang tidur.

“Ibu dan atau bapa dalam kes ini meninggalkan sumber minimum untuk bayi itu.

"Ini menunjukkan bahawa ibu dan/atau ayah (bayi) berasal daripada latar belakang yang kurang bernasib baik,” ujar Michelle Ng dalam satu hantaran di laman Facebooknya.

Artikel Berkaitan:

Michelle (dua dari kanan) turut berterima kasih kepada semua pihak terlibat dan turut gesa pihak berkuasa ambil pendekatan ihsan dalam mengendalikan kes tersebut. Foto FB Michelle Ng Mei Sze
Michelle (dua dari kanan) turut berterima kasih kepada semua pihak terlibat dan turut gesa pihak berkuasa ambil pendekatan ihsan dalam mengendalikan kes tersebut. Foto FB Michelle Ng Mei Sze

Dalam laporan media pada Selasa, Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan telefon daripada orang awam berhubung kejadian itu jam 8.13 pagi.

Wan Azlan berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membuang bayi.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi penyiasat kes, Sarjan Sharifah Fatimah Marhidayani Syed Muhammad di talian 017-9149376.

Orang ramai juga boleh menghulurkan maklumat dengan menghubungi Pusat Kawalan Daerah Subang Jaya di talian 03-78627100 bagi membantu siasatan.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28