Kes buang bayi, salah siapa?

Gambar hiasan - Foto 123RF
Gambar hiasan - Foto 123RF
A
A
A

JENAYAH pembuangan bayi masih berterusan walaupun undang-undang berat dikenakan terhadap pesalah apabila kes disiasat sebagai kes bunuh atau cubaan membunuh.

Berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM), sebanyak 256 kes pembuangan bayi direkodkan bagi tempoh dua tahun sepanjang 2020 hingga 2022.

Dalam kes terbaharu, sekumpulan pelajar tahfiz menemukan bayi perempuan baru lahir dalam sebuah kotak di pusat pengajian Islam di Rantau Panjang, Selama, Perak pada Sabtu lalu.

Susulan itu, dua pelajar sekolah menengah ditangkap bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut pada Ahad.

Adakah tindakan tersebut perlu dinormalisasikan oleh rakyat tempatan? Siapakah yang bersalah dalam kes pembuangan bayi dalam negara yang melibatkan remaja belasan tahun atau bawah umur?

Jadi, ibu bapa perlu memantau lebih kerap setiap pergerakan atau pergaulan anak-anak terutamanya jika menghantar mereka ke sekolah berasrama yang jauh daripada keluarga.

Biarpun kelihatan seperti mengongkong, tetapi tindakan tersebut lebih baik daripada menyaksikan anak-anak terlibat dengan jenayah.

Selain itu, guru juga perlu memainkan peranan penting dalam mendidik dan menasihati pelajar supaya tidak terjerumus dalam perzinaan.

Artikel Berkaitan:

Justeru, selain daripada mendidik dan mencegah perilaku jenayah tersebut daripada berleluasa, kerajaan perlu wujudkan lebih banyak pusat perlindungan anak dan ibu bagi menyelamatkan nyawa bayi yang tidak berdosa.