Operasi Loji Rawatan Air SWB pulih

Loji Rawatan Air Salim pulih sepenuhnya pada jam 9 pagi tadi manakala Loji Bukit Lima beroperasi sepenuhnya pada jam 11.30 pagi dan pemantauan kualiti air secara berterusan telah dijalankan.
Loji Rawatan Air Salim pulih sepenuhnya pada jam 9 pagi tadi manakala Loji Bukit Lima beroperasi sepenuhnya pada jam 11.30 pagi dan pemantauan kualiti air secara berterusan telah dijalankan.
A
A
A

SIBU - Operasi Loji Rawatan Air Salim dan Bukit Lima di Sibu pulih selepas Lembaga Air Sibu menstabilkan rawatan dan meningkatkan paras air takungannya hari ini.

Gangguan bekalan air yang tidak dijangka pada jam 5 petang semalam berlaku apabila SWB terpaksa mengurangkan pengepaman air terawat, sekali gus mengejutkan ramai penduduk yang sibuk membuat persiapan untuk makan malam keluarga mereka.

SWB mengaitkan gangguan itu disebabkan air mentah yang mengalami kekeruhan luar biasa akibat hakisan tanah di Sungai Katibas di Song yang telah menjejaskan operasi loji.

"Untuk menangani situasi itu, SWB segera mengurangkan pengepaman air dari Sungai Rajang sekali gus mengurangkan proses rawatan air.

"Malangnya beban hakisan tanah menyebabkan kerosakan pada saluran dos kimia menyebabkan penutupan sementara Loji Rawatan Bukit Lima pada 9 malam untuk penggantian sebahagian sistem dos kimia," menurut SWB dalam kenyataan pada Selasa.

Menurut kenyataan itu, walaupun operasi di Loji Bukit Lima diteruskan semula pada jam 4 pagi tadi, pam air terawat tidak dapat dimulakan kerana kualiti air yang tidak stabil.

Loji Rawatan Air Salim pulih sepenuhnya pada jam 9 pagi tadi manakala Loji Bukit Lima beroperasi sepenuhnya pada jam 11.30 pagi dan pemantauan kualiti air secara berterusan telah dijalankan.

Bagi mengurangkan kesulitan akibat gangguan itu, SWB telah menghantar lori tangki air untuk membekalkan air ke kawasan yang terjejas.

Artikel Berkaitan:

Lori tangki SWB akan terus bersiap sedia untuk tindakan segera bagi sebarang keperluan bekalan air selanjutnya.

Sabtu lepas, banjir kilat berlaku di hulu Sungai Katibas menyebabkan air sungai keruh dan membawa banyak kayu hanyut ke hilir.

Aliran air keruh dan kayu hanyut itu melepasi sungai di Sibu petang semalam.

Banyak hidupan air didapati mati selepas kejadian itu termasuk ikan berharga seperti empurau dan semah. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!