MBSJ pasang 10 sistem amaran paras air di kawasan berisiko banjir

Amaran itu dihebahkan kepada komuniti dan pemegang taruh dalam masa yang sama menyelaras tindakan bantuan.

Info grafik mengenai sistem pemantauan aras air banjir MBSJ.
Info grafik mengenai sistem pemantauan aras air banjir MBSJ.
A
A
A

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) mengambil inisiatif memasang sistem amaran awal paras air di 10 stesen pengesan paras air di kawasan risiko banjir terutama dalam menghadapi Monsun Timur Laut.

Bahagian Komunikasi Korporat, Jabatan Korporat dan Pengurusan Strategik MBSJ memaklumkan, sistem amaran itu berfungsi mengeluarkan amaran awal tahap paras air ke Bilik Gerakan MBSJ.

Menurut kenyataan itu, amaran itu dihebahkan kepada komuniti dan pemegang taruh dalam masa sama menyelaras tindakan bantuan.

"Sistem amaran ini dipasang di stesen 1 Persiaran Kewajipan, USJ 8, Stesen 2 Persiaran Kewajipan USJ 13,

Stesen 3 Kampung Tengah, Stesen 4 Kampung Bukit Lanchong dan Stesen 5 Kampung Kuala Sungai Baru," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Kenyataan itu memberitahu, lima stesen lagi ialah di Stesen 6 LDP, IOI Mall, Stesen 7 Jalan Kuyoh, Stesen 8 Jalan 3/15 Sungai Jimma, Stesen 9 Jalan Raya 3 Sungai Kuyuh dan Stesen 10 Kunci Air Jalan 18/59 Taman Sri Serdang.

Sehubungan itu, kenyataan itu memaklumkan, orang ramai boleh menyemak situasi paras aras air di bawah kawasan MBSJ dengan mudah melalui sistem pemantauan aras air banjir di kawasan berpotensi banjir melalui pautan https://mbsj.iot.es-sb.com/dashboard dan laman sosial MBSJ.

"Orang ramai diminta untuk sentiasa peka dengan maklumat, nasihat dan amaran cuaca terkini oleh pihak berkuasa," kata kenyataan itu.

Artikel Berkaitan: