Cium hajarulaswad: Menteri Agama tegur pempengaruh media sosial

Tangkap layar rakaman video tular yang menunjukkan momen pempengaruh media sosial dan pasukannya bergelut dengan jemaah umrah lain dari serata dunia untuk mencium hajarul aswad ketika menunaikan umrah baru-baru ini.

A
A
A

PUTRAJAYA- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar menegur pempengaruh media sosial agar mengetahui batas dalam kehidupan.

Tegas beliau, ada perkara yang boleh dipertontonkan kepada umum dan ada juga perlu disorokkan daripada pengetahuan ramai.

"Amalan ibadah sepatutnya dilaksana dengan penuh fokus dan didasari ilmu demi mencari reda ALLAH SWT," katanya menerusi hantaran di laman X pada Selasa.

Meskipun kenyataan itu tidak menamakan mana-mana pihak, ia dipercayai berkaitan dengan rakaman video usahawan dan pempengaruh media sosial, Hafiz Mahamad dan pasukannya bergelut dengan jemaah umrah lain dari serata dunia untuk mencium hajarul aswad.

Video yang menerima kecaman dan kritikan pelbagai pihak itu akhirnya diturunkan Hafiz selain membuat permohonan maaf atas tindakannya itu.

Jelas Mohd Na'im, hukum mencium hajarul aswad hanya sunat.

"Ia tidak dituntut sekiranya perlu berasak-asak membahayakan diri dan orang lain," ujar beliau.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!