Jurucakap IDF akhirnya letak jawatan

Hagari sering 'melindungi' perbuatan sebenar IDF sejak lima bulan lalu menerusi kenyataannya kepada media. - Foto: Agensi
Hagari sering 'melindungi' perbuatan sebenar IDF sejak lima bulan lalu menerusi kenyataannya kepada media. - Foto: Agensi
A
A
A

TEL AVIV - Seorang pegawai berpangkat tinggi unit jurucakap Pasukan Pertahanan Israel (IDF) nekad meletak jawatan selepas Perang Gaza berterusan selama lima bulan.

Channel 14 pada Isnin melaporkan Laksamana Muda, Daniel Hagari yang sering namanya terpampang pada laporan media memutuskan untuk berundur.

Difahamkan, beberapa pegawai lain di bawah pasukannya turut mengikut jejak langkah beliau iaitu Kolonel Butbul, Kolonel Moran Katz dan jurucakap antarabangsa IDF, Leftenan Richard Hecht.

Keputusan peletakan jawatan beramai-ramai itu disebabkan oleh bantahan terhadap isu operasi dan peribadi.

"Langkah luar biasa ketika perang mencerminkan 'masalah dalaman' dihadapi Unit Jurucakap IDF," jelas laporan itu lagi.

Sebelum ini, Menteri Hal Ehwal Tentera, Yoav Gallant pernah mengakui IDF sedang berdepan 'akibat dahsyat' kerana melancarkan perang genosid ke atas Genting Gaza.

Setelah kempen pengeboman itu berterusan selama lima bulan, rejim Tel Aviv masih gagal untuk mencapai matlamat mereka yang kononnya mahu menghapuskan Hamas sebaliknya lebih 30,000 nyawa tidak berdosa menjadi korban kekejaman IDF. - Agensi

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Artikel Berkaitan:

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!