Kereta kebal IDF sengaja rempuh warga Palestin

Euro-Med mendedahkan kekejaman rejim Zionis di Genting Gaza yang membunuh penduduk Palestin secara terang-terangan. Agensi
Euro-Med mendedahkan kekejaman rejim Zionis di Genting Gaza yang membunuh penduduk Palestin secara terang-terangan. Agensi
A
A
A

GENEVA - Sebuah kumpulan pemerhati hak asasi manusia sekali lagi mendedahkan kekejaman rejim Zionis di Genting Gaza yang membunuh penduduk Palestin secara terang-terangan.

Euro-Med berpusat di Geveva pada Ahad mendakwa insiden melibatkan kereta kebal Pasukan Pertahanan Israel (IDF) sengaja merempuh penduduk Palestin.

“Kejadian pertama berlaku selepas seorang lelaki lolos daripada tahanan Israel di kawasan kejiranan Zeitoun di Bandar Gaza pada minggu lalu. Gambar memaparkan keadaan mayat mangsa yang hancur teruk turut dikongsikan di media sosial,” ujarnya.

Sebuah lagi insiden berlaku pada 23 Januari lalu apabila sebuah keluarga yang sedang nyenyak tidur di kawasan Menara Taiba di Khan Yunis dirempuh kereta kebal IDF.

Tindakan rempuhan tidak berperikemanusiaan itu turut meragut nyawa dua ahli keluarga berkenaan manakala empat yang lain dilaporkan cedera.

Euro-Med turut mengesahkan Israel sebagai pihak yang bertanggungjawab dalam insiden pembunuhan beramai-ramai yang menyasarkan konvoi bantuan kemanusiaan di Gaza.

Siasatan awal mereka juga menolak dakwaan Israel kononnya kejadian rempuhan yang meragut lebih 100 nyawa penduduk Gaza yang ketika itu.

“IDF sememangnya melepaskan tembakan dengan sengaja selepas penduduk Palestin mengerumuni konvoi trak berkenaan dengan niat untuk menakut-nakutkan mereka,” jelas laporan itu

Artikel Berkaitan:

Menurut penyelidik Euro-Med, Muhammad Qariqa, pasukan lapangan mereka memperoleh bukti kereta kebal IDF menghalakan tembakan ke arah penduduk Palestin yang mahu mendapatkan bantuan kemanusiaan di bulatan Nabulsi.

Qariqa juga menyatakan sebahagian besar mangsa mengalami kesan cedera akibat tembakan dan bukannya berpunca daripada rempuhan seperti didakwa rejim Tel Aviv. - Agensi

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28