Pemilik didenda RM7,000 kerana bina kilang tanpa kebenaran

No Image Caption
A
A
A

KUALA LANGAT - Seorang pemilik didenda RM7,000 oleh Mahkamah Majistret Telok Datok hari ini kerana mendirikan kilang memproses simen tanpa kebenaran di kawasan Jenjarom.

Yang Dipertua Majlis Daerah Kuala Langat (MDKL), Mohamad Zain A Hamid berkata, tertuduh didakwa kerana mendirikan bangunan tanpa kebenaran.

"Majistret, Saifuddin Rafiee telah menjatuhkan hukuman di bawah Seksyen 70(13)(c) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

"Tertuduh didenda RM7,000 atau enam bulan penjara," katanya menerusi kenyataan hari ini.

Katanya, semua pemilik kilang perlu mendapatkan kebenaran bertulis daripada MDKL terlebih dahulu sebelum mendirikan apa-apa struktur bangunan di dalam kawasan daerah Kuala Langat.

"MDKL akan mengambil tindakan tegas terhadap individu atau syarikat yang didapati melanggar undang-undang tersebut.

"Untuk keterangan lanjut, boleh menghubungi Jabatan Kawalan Bangunan melalui talian 03-31872825 sambungan 123," katanya.

Artikel Berkaitan: