Dividen KWSP, apa anda rasa?

KWSP akan membuat pengumuman dividen pada hari ini. Gambar hiasan
KWSP akan membuat pengumuman dividen pada hari ini. Gambar hiasan
A
A
A

SHAH ALAM - Setiap tahun, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan membuat pengumuman dividen dan sudah pasti ramai yang tidak sabar untuk mengetahuinya.

Sekali lagi, pada 3 Mac 2024 adalah hari yang ditunggu-tunggu oleh semua pencarum KWSP sekali gus mengharapkan ada berita gembira bakal disampaikan kepada mereka.

Terdahulu, pakar ekonomi menjangkakan kadar dividen KWSP pada kadar 5.5 peratus hingga 6.5 peratus.

Jangkaan positif dalam pengagihan kadar dividen lebih baik 2023 adalah berdasarkan prestasi suku tahun semasa KWSP.

Jika benar jangkaan tersebut, KWSP telah menunjukkan kecekapan dalam menjana pendapatan pelaburan melalui strategi pelaburan berhemat.

Ini kerana, bagi tahun 2022, KWSP telah mengumumkan dividen sebanyak 5.35 peratus bagi simpanan konvensional dan 4.75 peratus untuk simpanan syariah.

Ia lebih rendah berbanding 2021, yang mana dividen bagi simpanan konvensional sebanyak 6.10 peratus dan 5.65 peratus untuk simpanan syariah.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, pada 31 Disember 2022, KWSP mencatatkan jumlah pendapatan pelaburan kasar yang lebih rendah sebanyak RM55.33 bilion berbanding RM68.89 bilion pada 2021, didorong oleh turun naik pasaran yang tinggi dan penilaian yang lebih rendah merentas pasaran ekuiti dan pendapatan tetap.

Artikel Berkaitan:

Pada 2021, KWSP mengumumkan dividen 6.1 peratus bagi simpanan konvensional manakala 5.65 peratus bagi simpanan shariah.

Bagaimanapun, kadar pada 2022 telah melebihi dividen pada 2020 iaitu 5.20 peratus (konvensional) dan 4.90 peratus (shariah).

Jadi, persoalannya adakah pengumuman yang akan dilakukan oleh KWSP kali ini benar seperti yang diramal.

Adakah ia menggembirakan atau mendukacitakan pencarum?

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28