Video intim: Tiada individu akan didakwa, kata Tommy

TOMMY THOMAS
TOMMY THOMAS
A
A
A

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara tidak akan menjalankan pertuduhan pada mana-mana pihak berhubung video intim yang dipercayai yang pernah dikaitkan dengan seorang menteri Kabinet seperti yang tular beberapa bulan lalu.

Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas berkata, tiada pertuduhan yang boleh dibuat berhubung dengan kes video seks itu.

Thomas dalam satu kenyataannya berkata, siasatan telah dijalankan di bawah seksyen 377B dan 377D Kanun Keseksaan berikutan daripada beberapa laporan polis yang dibuat beberapa individu yang berbeza mengenai video tersebut.

"Setelah menyemak keterangan yang telah dikumpulkan dan dikemukakan oleh PDRM (Polis Diraja Malaysia) kepada Jabatan ini, Timbalan Pendakwa Raya telah sebulat suara mengesyorkan kepada saya bahawa tiada pertuduhan boleh dibuat berhubung dengan video berkenaan.

"Saya telah menerima syor tersebut dan membuat keputusan tidak mendakwa mana-mana pihak.

"Bagaimanapun penyiasatan boleh dibuka semula jika dan apabila keterangan baru diperolehi," kata Tommy dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Artikel Berkaitan: