Pemerkasaan bumiputera tak pernah dipinggirkan daripada Dasar Pembangunan Negara

Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi Datuk Nor Azmie Diron menyampaikan pembentangan bertajuk Kedudukan Semasa Sosioekonomi Bumiputra: Satu Penelitian pada Kongres Ekonomi Bumiputra (KEB) 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.
Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi Datuk Nor Azmie Diron menyampaikan pembentangan bertajuk Kedudukan Semasa Sosioekonomi Bumiputra: Satu Penelitian pada Kongres Ekonomi Bumiputra (KEB) 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) hari ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Pemerkasaan bumiputera telah menjadi sebahagian daripada dasar pembangunan negara dan tidak pernah dipinggirkan bermula daripada Rancangan Malaya Pertama (1956-1960) sehinggalah ke Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12), kata Ketua Setiausaha Kementerian Ekonomi, Datuk Nor Azmie Diron.

Beliau berkata, semasa Dasar Ekonomi Baharu diperkenalkan bermula tahun 1971 hingga 1990 (RMKe-2 dan RMKe-5), struktur ekonomi yang cuba diselesaikan adalah berkaitan kemiskinan dan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.

"Pelbagai initiatif digariskan antaranya peningkatan ekuiti bumiputera, mewujudkan masyarakat perdagangan dan perindustrian bumiputera, menubuhkan Felda Investment Corporation (FIC) serta menumpukan kepada pertanian dan pembuatan,” katanya semasa sesi pembentangan bertajuk ‘Kedudukan Semasa Sosioekonomi Bumitera’ di Kongres Ekonomi Bumiputera 2024 (KEB 2024), di sini, hari ini.

Nor Azmie berkata, pada 1991 hingga 2000 (RMKe-6 dan RMKe-7), dasar Pembangunan Nasional diwujudkan dengan pelbagai initiatif dilaksanakan termasuk program penswastaan, mengukuhkan peranan Permodalan Nasional Bhd (PNB) untuk meningkatkan tabungan dan menumpukan kepada industri berat dan pertanian berskala besar.

Dari tahun 2011 sehingga 2020 (RMKe-10 dan RMKe-11) pula, Dasar Transformasi Nasional diwujudkan yang bertujuan menyelesaikan isu struktur perangkap pendapatan sederhana dan bagi RMKe-12 Wawasan Kemakmuran Bersama (2021 2022) diperkenalkan dengan menumpukan kepada isu jurang pendapatan dan kekayaan melebar.

"Dalam enam dekad, agenda bumiputera ini terus memberi tumpuan kepada pemilikan ekuiti, penyusunan semula masyarakat, menangani kesenjangan serta meningkatkan daya saing bumiputera,” katanya.

Mengenai Ekonomi Madani, beliau berkata, ia bertujuan untuk mengukuhkan ekonomi negara, meningkatkan taraf hidup rakyat selain menambah baik penyampaian perkhidmatan awam agar permasalahan ekonomi dapat diselesaikan.

"Ia dijajarkan untuk menumpukan kepada potensi semua rakyat merentasi etnik bagi meraih peluang yang saksama manakala agenda bumiputera akan kekal menjadi agenda nasional bagi mencapai pertumbuhan sosioekonomi yang adil saksama dan inklusif,” kata Nor Azmie.

Artikel Berkaitan:

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!